Khamis, 29 September 2016

Lepak_Lepak @ A & W Taman Tasik Seremban

Assalamualaikum,

Lepas kenduri kahwin anak Pak Yom di PD, kami ke Seremban pula lepak - lepak kat A & W Taman Tasik Seremban.

Last year bukan main lagi Restaurant ni tampal notis mengatakan yang Restaurant kat Taman Tasik ni akan ditutup pada 31 Disember 2015........ tapi sampai la ni masih beroperasi lagi..........

Banyak kenangan kat Restaurant ni masa zaman sekolah kat KGV dan zaman kerja kat KBB Seremban........

ini yang kami order walaupun masa tu perut masih penuh lagi, lepas makan kat kenduri anak Pak Yom

Isnin, 26 September 2016

Ke Walimatul Urus Anak Pak Long Arif (Pak Yom) @ Port Dickson

Assalamualaikum,

Dapat jemputan melalui whatapps dari group sista ahkak. Kendurinya pada 17 September 2016 kat Dewan Batu 8, Port Dickson.

Pak Long Arif ni sepupu arwah Mak.... Dari belah kami  yang hadir ialah family ahkak, Kakak yang kat Mantin, Adik yang kat Pandan, serta Mak Su dua beranak. Jumpalah semua anak-anak, cucu-cucu Tok Ucu Mat Lajis yang merupakan sepupu sepapat kami yang datang dari Bestari Jaya (nama lamanya Batang Berjuntai) ........... Only Pak Long Arif ni yang duduk kat Negeri Sembilan, 8 lagi adik beradiknya duduk kat area Bestari Jaya dan Shah Alam..........
 ini group kami orang Linggi
tak jumpa sedara mara dari Shah Alam (Mak Long dan anak-anaknya), sebab dia orang balik awal........
 Mak Su dengan anak bongsunya....
bukan main lagi menghirup cendol songkok tinggi dari Jiboi, Ampangan
 My BIL
 kami..........
 kami kerabat Linggi, awat muka ahkak tak ada dalam gambar ni?
 makanan berhidang okay.......
 gambar kami ajer, gambar pengantin satu pun tak ada.........

 Mak Su dengan anak bongsunya
my sis dengan anaknya.........

Hari tu ajer kami ada 4 jemputan... Yang dapat pergi, Kat Kuala Sawah, sedara en. suami dan yang kat PD ni sebab sedara ahkak......... Yang dua lagi majlis tak sempat nak pergi, satu kat Cheng, Melaka (sedara en. suami juga) dan kat Dewan Gelanggang Budaya Paroi (anak kawan en. suami).

Rabu, 21 September 2016

Ole-Ole Dari Rakan Sekerja Dan Adik Beradik

Assalamualaikum,

Ini adalah antara barangan yang aku dapat dalam masa 2 bulan ni........... 
Souvenir from Singapore, Krabi, Korea dan Australia.........
Dan kalau dikumpul-kumpulkan key chain tu, rasanya dah boleh bukak kedai jual key chain dah.........
Tapppppiiiiiiiiiiiiii entah kemana hilangnya semua key chain ahkak tu...........
Ni bila anak-anak datang ke office dia angkut semua yang kat dalam drawer............
ini yang diberi oleh rakan sekerja
dari Singapore dan Krabi
 yang ini pula dari my sis dan anak buah
yang from Korea tu pemberian my sis
yang dari Australia tu dari anak buah yang menuntut di Aussie yang balik bercuti baru-baru ni.........
tunggu pula key chain dari anak buah yang sedang menuntut di Jepun........

Selasa, 20 September 2016

Cerita Hari Raya Qurban Kami

Assalamualaikum,

Raya Haji tahun ni dan tahun-tahun sebelumnya memang kat Linggi lah......... Kami, iaitu adik-adik yang kat Kajang dan yang kat Damansara ajer yang balik ke rumah pusaka ni......... Adik lelaki yang ketiga tu pun balik tapi balik ke rumah mertuanya di Kundur manakalan adik yang kat Angsana Hilir tu ber hari raya qurban kat Seoul bersama Mak Su dan anak-anaknya......... Hari Sabtu kami dah buka rumah kampung.....
masak rendang ayam dan rebus ketupat sehari sebelum raya
my sis yang kat Mantin tu balik pada hari raya qurban........  
dia bawa ketupat palas dan rendang juga........
lepas sembahyang raya dan lepas tengok lembu qurban, en. suami bawa budak-budak ni ke lombong tinggal kat Pengkalan Durian, dia orang nak jalan - jalan kesitu........
bergambar di tepi lombong yang penuh buaya
lombong ni memang tempat kaki pancing
ahkak pernah teman Hero memancing kat sini.....
my putri with sepupu-sepupunya
with Qaseh
model pakaian muslimah
petang raya balik rumah MIL dan rumah Linggi tutup sudah.......
my putri with sepupu belah Kuala Sawah pula.........

Isnin, 19 September 2016

Kenduri Kahwin @ Kg. Permatang Pasir, Linggi

Assalamualaikum,

Dapat jemputan ke majlis perkahwinan anak kepada anak buah arwah ayah. Rasa-rasanya ni anaknya yang akhir sebab masa menjemput, menurut my sis dia ada kata yang kami iaitu anak-anak arwah Pak De nya tak pernah datang masa majlis perkahwinan anak-anak nya yang lain...... so maka ahkak dan adik yang kat Kajang tu pun gagahkan lah ke majlis tu....... Hanya kami yang jadi wakil daripada anak-anak arwah ayah, sebab yang lain-lain pergi bercuti...........

 sempat lagi bergambar dengan YB Linggi, YB Rahman..........
Tak jauh der rumah orang tua YB ni dengan rumah orang tua ahkak............

Khamis, 15 September 2016

Kem Retreat ARPRM PBDB 2016

Assalamualaikum,

My hero kan aktif dengan persatuan belia, maka apa-apa aktiviti belia semua dia nak joint. Yang terbaru ni, Kem Retreat ARPRM PBDB 2016 yang berlangsung dari 15 - 18 September 2016 di Hutan Lipur Ulu Bendul.

Pagi lagi dah keluar rumah dan omaknya dah siap pesan jaga diri baik-baik dan jangan mandi kat sungai kat Ulu Bendul tu dan jangan naik motor....... harap-harap dia mendengar kata omaknya lah........ maklumlah budak-budak ni, bila dah berkawan lupa semua posan omaknya..........




 senarai nama peserta.
kesemuanya 131 orang.........
harap semuanya berjalan dengan lancar dan 
moga-moga tiada perkara buruk yang berlaku semasa dia orang berada di kem itu...........

antara barang yang dia orang akan terima semasa berada di sana

Wedding Abang Boy @ Taman Botanic Putrajaya

Assalamualaikum,

Ini pun ahkak tak ingat lah bulan berapa kenduri si Boy ni.... tapi dalam tahun 2016 lah........

Boy ni sebenarnya anak jiran ahkak dan budak-budak ni (anak-anak ahkak) dan mereka-mereka yang kat dalam gambar tu memang rapat lah dengannya........ rumah maknya (Kak Nor) ni selang serumah dari rumah ahkak.......

Majlis persandingannya dibuat kat Botanic Garden Putrajaya......... oleh kerana en. suami kerja maka ahkak dan anak-anak tumpang neighbour ke  sana.




Bergambar dulu sebelum gerak ke Putrajaya
macam-macam gaya.........

bergambar dengan pengantin
 the only hero dalam rombongan ni
di apit oleh sang putri yang cantik rupawan
 kami bertujuh plus my hero........
 again.......
my hero with sang putri