Rabu, 28 Julai 2010

Gulai Tempoyak



Ni adalah menu dinner ahad lepas. Akak masak gulai tempoyak ni selepas balik dari kenduri kahwin. Entah kenapa terlalu rajin sangat akak memasak gulai tempoyak. Selalunya bila nak masak gulai tempoyak untuk kenduri atau apa2 sajalah, cukuplah malas akak nak menghiris daun2 tu. Pagi Ahad tu, pagi2 lagi akak dah ke Pasar Tani Salak untuk cari pucuk ubi, daun kunyit, serai dan pucuk labu. Petai akak dah beli masa on the way back ke Nilai dari Pilah. Siap aja masak, Najwa dah tak sabar2 nak meratahnya. "sedaplah mama, katanya."

Kenduri Kahwin

Hari ahad lepas gi jemputan kenduri kahwin kat Kg. Tanjung, Nilai. First timelah akak masuk kampung ni, jauh ke dalam, jalannya muat2 untuk satu kereta aja. Kalau berselisih tercukuplah seksanya.





kesian adik2 ni, menari dibawah terik matahari




Najwa ngan classmatenya.....


Selasa, 27 Julai 2010

Suami, isteri perlu bergerak seiring bentuk keluarga bahagia

Artikel ni saya ambil dari Berita Harian untuk rujukan kita semua.



Tiada siapapun yang mahu anak2 menjadi liar dan membelakangi ajaran agama. Tentu mengaibkan dan menyedihkan hati ibu bapa seandainya ada di kalangan anak2nya tempang perjalanan hidup di dunia tanpa suluhan cahaya agama yang luhur.


Tambahan pula, dewasa ini kita sedang berhadapan dengan gejala sosial yang amat gawat melanda remaja dan belia. Pelbagai langkah dan pendekatan sudah dan sedang diambil bagi menanganinya, namun yang jelas semuanya seakan-akan tidak berkesan dalam membetulkan keadaan.


Orang pertama yang mesti memegang tanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan pendidikan dan asuhan agama kepada anak2 ialah ibu bapa. Mungkin selama ini kita banyak membebankan golongan ibu dalam memikul amanah sebagai pembimbing dan pengasuh utama mendidik anak-anak. Bagaimana dengan peranan ayah atau bapa?


Dalam hal ini Saidina Ali bin Abi Talib ada meninggalkan pesanan bernas dan bermanfaat kepada kita berhubung pendidikan kepada anak2. Kata Ali kepada anaknya Hasan: "Aku segera mengajarmu adab sebelum hatimu menjadi keras dan fikiranmu menjadi sibuk memikirkan pelbagai perkara yang lain." Begitulah kesungguhan Saidina Ali dalam membentuk peribadi anaknya dan kata2 beliau itu sewajarnya menjadi panduan kepada kita untuk tidak meremehkan tanggungjawab menyalurkan asuhan akhlak yang mulia kepada anak2.


Imam Jaafar asy-Shafiq ada mengatakan: "Sesungguhnya sebaik2 wasiat yang diwariskan oleh ayah untuk anak2 mereka ialah adab dan bukannya harta." Selama ini kita memikirkan bagaimana untuk menghimpunkan seberapa banyak harta benda sebagai harta untuk ditinggalkan kepada anak2 apabila kita sudah tiada di alam maya ini, namun sebenarnya 'harta' paling bernilai yang semestinya ditinggalkan buat anak2 kita ialah sahsiah peribadinya, akhlaknya, kekuatan ilmu pengetahuannya dan kesolehan beragama. Inilah yang seharusnya kita tinggalkan buat mereka. Imam Ali Zainal Abidin as-Sajjad pula menegaskan: "Adapun hak anak2mu atas dirimu, ketahuilah ia berasal daripadamu, baik dan buruknya bergantung padamu. Sesungguhnya engkau bertanggungjawab untuk mengasuhnya, mendidiknya, mengenalkannya kepada Tuhannya dan membantu untuk taat kepada-Nya. Dan engkau mesti melaksanakan urusan ini dengan keyakinan bahawa jika berbuat baik kepadanya akan mendapat pahala dan jika berbuat buruk kepadanya akan mendapat dosa."


Dalam usaha kita mendidik dan mengasuh anak2 mengerjakan segala suruhan agama dan membentuk adab, jangan lupa seringlah berdoa kepada Allah agar kita dipermudahkan dan anak2 akan dapat mengikutinya dengan sempurna. Imam Ali Zainal Abidin dikatakan selalu berdoa ketika mendidik anak2nya dengan doa ini: "Dan tolonglah kami dalam mengasuh, mendidik dan memperbaiki anak2 kami." Insya-Allah dengan iltizam yang kukuh dan semangat padu kita mampu membentuk peribadi anak2 dengan berkesan dan menjadikan mereka anak2 yang soleh.

Isnin, 26 Julai 2010

Kenduri Nik Khalish (cukur jambul n Aqiqah)

Hari Sabtu ada kenduri cukur jambul n aqiqah anak sepupu akak, Zura (Zura ni adalah anak pakcik akak) di rumah nenek Zura di Melang, Kuala Pilah. Akak sampai lambat........ jam 12.30 baru sampai........ Maaflah ye. Tak dapat nak tolong masak. Apa lagi menyinsing lenganlah akak ....... bukan menyinsing lengan menolong buat kerja, tapi hahahaaaa.......... makan!!!!!! Apa2 hal pun makan mesti diutamakan.


Nilah Nik Khalish ngan mamanya (tidur... letih sangat)


Lauk pauk yang disediakan




Akak n familylah wakil dari Linggi, adik beradik yang lain tak dapat datang coz ada yang bekerja. If akak tak datang sure merajuk pakcik akak tu.....

On the way back to Nilai, kami singgah kat Ulu Bendul. Mandi - manda................ Ramai jugak orang yang berkelah, parking pun penuh .......









Lepas mandi, kelaparan...... telur dlm goodie bag pun habis dimakan


About 5.30p.m. kami pun bertolak balik, tapi bukan balik ke Nilai, kami gi ke Kajang, hantar lauk bekalan kenduri kat adik2 akak..... Lagi pun sis akak yang kat Kajang tu buat makan2. Dia buat steamboat....... makan lagi............... sorrylah gambar tak dpt nak snap, sebab khusyuk sangat makan.......heheheeeeee.

Jumaat, 23 Julai 2010

Najwa


Najwa mengikuti class taekwondo ni since February lalu, bermula dengan tali pinggang putih. After grading test in March (kalau tak silap akaklah, lupa tarikh yang sebenarnya) dia telah berjaya mendapatkan tali pinggang kuning 1. Pada 31 Julai ni, another grading test yang perlu didudukinya. Kali ni untuk tali pinggang Kuning 2. Mama harap Najwa berjaya mendapatkan tali pinggang kuning 2 ni dan boleh wakili sekolah ke pertandingan taekwondo nanti. Najwa sibuk sangat untuk wakili sekolah sebab ada di antara kawan2nya yang terpilih.



Since Najwa mengikuti class taekwondo ni, kalau dia bergaduh dengan abangnya, habis teruk abangnya dibelasah. Kesian abang..... Abang bila dah kena belasah dek Najwa, tak boleh balas balik sebab mama cakap kat abang, adik tu kecik lagi.... maka berjurailah air mata abang dengan dendam yang amat kat Najwa. Abang ni tak minat nak joint taekwondo class, dia lebih minat kat Silat, tapi kat sekolahnya tak ada aktiviti silat. Kat taman perumahan akak ada aktiviti silat ni, tapi akak tak bagi joint sebab kebanyakkan yang joint adalah budak2 sekolah menengah.....





Khamis, 22 Julai 2010

Malam Warisan Budaya Melayu

Dah dekat seminggu akak tak BW and post new n3, tersangatlah sibuk.......




Last night gi dinner anjuran Nilai Uni. College Malay Society di dewan Majlis Perbandaran Nilai. Congrats to all of the AJK and advisornya coz berjaya menganjurkan event yang boleh dikatakan grandlah..... Ramai juga staff yang hadir (siapa pula yang jual tiketnya kalau bukan akak.....)



Layanlah gambar2 yang akak snap ni....


Anak2 akak pun ikut sama..




Antara hadirin yang hadir pada mlm tu terdiri dari pelajar2 Nilai UC, staff NUC, pelajar dari university yang berdekatan USIM dan UIA Kampus Nilai.....







Advisor yang telah bekerja keras untuk menjayakan majlis ni... don't worry, next year increment tinggi punya..... hehehe





terdapat berbagai2 acara pada malam tu, antaranya piring dance, song performance, mahsuri pentomen, ulik mayang dan macam2 lagi.......

MC pada malam tu

Piring Dance




Mahsuri Pentomen



ni masa merisik mahsuri untuk dijodohkan dengan ????(lupalah)




part ni pula, rombongan dari istana Kedah membawa watikah memerintahkan suami Mahsuri untuk gi mempertahankan negeri Kedah dari serangan musuh.....


suami Mahsuri bersetuju untuk gi mempertahankan Kedah....


part ni masa Mahsuri di fitnah

ni Mahsuri ditangkap dan diikat kat sebatang pokok sebelum di tikam....



Anak2 aku cukup suka dengan Mahsuri Pentomen ni....... dapat sikit dia orang pengetahuan mengenai kisah Mahsuri ni......



Song performance.... suara sebijik macam Siti Nurhaliza




Ulik Mayang