Khamis, 30 November 2023

Rendang Ayam Cili Api Dengan Kacang Panjang

Assalamualaikum, 

Petang semalam, terlampau rajin.

Buat berkuah sikit...

Secawan Kopi

 Assalamualaikum,

Pagi ini dengan gembiranya melanggar pantang......

Secawan kopi dengan lontong.....

Boring kan hari - hari breakfast roti wholemeal, bukan selalu sekali sekala jer..........

Kalau Najwa tau ini sure dia bising.......... Nanti dia akan bebel........  Mama niiiiii tak tau nak jaga kesihatan.........

kopi kat kantin jer.....
lontong lupa pula nak snap gambar....... terlampau tak sabar nak makan sampai lupa snap gambar....
😂😂😂😂😂😂😂

Ahad, 26 November 2023

Restoran Mak Kimbong, Bangi

 Assalamualaikum,

Sabtu hari tu kami ke Bangi. Najwa nak cari barang untuk konvonya nanti. Dah dapat apa yang dicarinya so kami ke seksyen 4 untuk mencari restoran Mak Kimbong yang viral tu....
Pakai waze jer
Punya lah ramai orang kat restoran tu...
Nasib dapat meja

Kat depan tu bahagian goreng-goreng, ABC dan cendol juga

Yang kami pilih
Restoran ini jenis layan diri ya
Makanan dah siap di hidang
Pilih mana yang kita nak
Rambang mata tengok makanannya
Nasib dapat kawal nafsu

Sotong tu tak banyak sambalnya, kering
Tak seperti dalam gambar yang viral
Sedap tapi pedas
Sotong tu saja RM43
Siput sedut tu pun pedas tapi sedap
Kerabu Taugeh
Sambal belacan dan ulam 
Sambal belacan tu pedas ya amat
Last-last makan ulam tanpa cicah sambal belacan
Tak mampu nak cicah
Air pun habis
Overall ok lah di tekak ahkak.....

Khamis, 16 November 2023

Havoc Mini Food Festival 2023 @ Jelajah Negeri Sembilan

 Assalamualaikum,


Havoc Mini Food Festival 2023 kembali lagi ke Seremban
Bermula dari 16 - 19 November 2023
Bertempat di D'Tempat Country Club
Sendayan Negeri Sembilan

Lepas tu jangan lupa singgah kat Car Boot Sales
Support sikit kawan-kawan ahkak yang berniaga di Car Boot Sales di D'Tempat tu.......

Bakery & Pastry Day

Assalamualaikum, 

Setiap Selasa dan Khamis adalah hari jualan bakery dan pastry oleh students culinary dekat hospitality blok. 
Kami support lah student-student ini dengan membeli barang jualan dia orang. Jualan nya bermula dari pukul 12 tengahari hingga 2 petang sahaja. Kalau lambat turun, habisss...... cukup laku.....

Cream Puff
RM2 untuk 3 pieces
Ini Najwa yang pesan, kalau ada cream puff beli katanya...


Chicken Pie & Curry Puff
RM3 satu
Kita ambil 2 Chicken Pie and 3 Curry Puff
sebelum ini penah beli curry puff tu....
sedapppp dan besar


Ada plain donut dan bombolini
Plain donut 3 for RM2
Bombolini 3 for RM5
Ini kita tak beli...
Manis.......

Boria

Assalamualaikum,




one of the chinese lecturer tanya kami, why you all wear green?
boria ke
jawapan kami, solidarity towards Palestine
nampak juga lecturer ada yang pakai hijau semalam

Semoga saudara kita di Palestine sentiasa dalam lindungan Allah................

Rabu, 15 November 2023

Dinner Semalam

Assalamualaikum,

Simple sahaja tapi bertambah makannya. 


sambal tumis ikan bilis with petai
petai tak nampak pula
petai nya tak banyak, lebihan hari tu....
sebelum busuk kita masakkan lah.........

sup ikan merah dengan sambal kicap

Maka pagi ini, check darah untuk kencing manis.... ambik kau, lebih 10 😭😭😭, tapi bawah 12 lah ya.... Sampai office ada lah yang belikan popia sira dan coffee........ 
Macam mana ni nak control diabetes.........

Hijau Hari Ini

 Assalamualaikum,

Hijau.... Ahkak tak hijau ya / tak jadi hulk ok....
Hanya menyahut seruan kawan-kawan untuk pakai hijau hari ini.
WEAR GREEN FOR PALESTINE...


Bukti pakai hijau hari ini

Nasib lah our corporate colour is hijau
kalau tidak kang ada yang bertanya kenapa you all pakai hijau????

Isnin, 13 November 2023

Sarapan Pagi Ini

Assalamualaikum,

Anak-anak masih kat rumah, so Mamanya rajinlah kedapur. Kalau tidak hanya ambil roti wholemeal jer... control my diabetes. Kalau weekday boleh dapat 6.6 bacaan gula. Bila cuti, bacaannya pasti akan naik....    

Hari ini Mee Hoon goreng jer

Nasi impit rendang lebihan semalam.

Sarapan Hari Ahad

 Assalamualaikum,

Anak-anak ada kat rumah, so rajin lah sikit memasak.

Macaroni goreng
Buat juga nasi impit dengan rendang
Tapi gambar tak ada


Stadium Paroi

Assalamualaikum,

Dari The Soya kami terus ke Stadium Paroi. 
Singgah Stadium Paroi dulu sebelum balik Nilai melalui Lekas.

Kalau ke Stadium Paroi, dah tentulah mencari popia Kuala Kangsar.

Sebelum curahkan sos 
Gambar yang dah curah sos tak ada pula
Selain popia, kami tapau

Roti John Stadium Paroi
Kegemaran Adli

Korean Chicken
Yang pedas tu sedap. Tak pedas sangatlah
Yang cheese tu masin sikit

Ahad, 12 November 2023

The Soya, Seremban Town

Assalamualaikum,

Lepas kenduri di Kuala Sawah, kami terus ke Bandar Seremban. Mencari The Soya yang viral tu.

Lalu depan ini nak menuju ke simpang Standard Chartered tu. The Soya terletak kat belakang tu, Singapore Street atau lebih senang belakang Little India.... rasa betul lah directionnya ya.  The Soya ini tersorok kedainya...

Ini gambar depannya
Masuk tak ikut sini ya
Lalu tepi, kebelakang sikit entrance nya 


Ini pintu masuknya

Menu-menu nya

Dalam kedai

Yang kami order

Ahkak punya
Cold Tohua dengan Watermelon Soy Ice Blended
Selsema pun minum ice blended lagi

Ini Najwa punya
Classic Soy Milk dengan
Chilling Summer Tohua
Dalam tu ada longan, purple potato, jelly

Kami berdua ajer. Adli belum balik lagi. Masih Intern Sabtu tu, En. Suami masih di kenduri tu, tolong kemas-kemas.

Gambar kat kenduri tak ada, sebab kena selsema, tak ada mood nak snap gambar....

Khamis, 9 November 2023

Persiapan Kenduri Kahwin Sabtu Ini

 Assalamualaikum,

Kenduri sedara en. suami di kampung. Kenduri masak sendiri. En. suami di suruh balik awal untuk menolong. Merewang lah ni. 

Khamis masak santan 140 kg.

masak minyak lah...
orang Kuala Sawah kalau buat rendang, dia orang akan masak santan sampai jadi minyak/tahi minyak...
kalau Linggi buat keresek....
itu untuk 2 ekor lembu......

Siap Dah

 Assalamualaikum,

Siap dah kereta Najwa. 6 hari jugalah duduk dalam workshop.....

Workshop hantar gambar ni pada hari Isnin. Pending cat katanya... 
Musim hujan.... Ya lah, hari-hari hujan...
tu yang tertangguh cat....


Selasa another gambar dia hantar
dan message boleh ambil kereta dah......
Happy Najwa kereta dah siap......
Now pihak insurans minta keputusan report tempohari. Dah gi IPD Nilai, tapi tak siap lagi.... ermmmmmmmm
Nasib pihak insurans boleh tunggu.........

Rabu, 8 November 2023

Farewell Lagi

 Assalamualaikum,

Farewell lagi... Kali ini meraikan Shu dari Finance Department.

orang yang diraikan...
kat sini gaji mati........ bila dapat better offer, pergilah......




kami dari NU
ex staff pun joint our lunch

nampak sedih sangat muka ahkak tu.........









soup ajer yang sempat snap
lain-lain makanan lupa nak snap

All the best Shu........
Jangan nakal-nakal kat tempat baru tau!!!!