Isnin, 29 Februari 2016

Majlis Bertandang Kakak Sheera @ Cheras

Assalamualaikum,

Majlis bertandang kerumah lelaki ni selepas CNY hari tu...... tak ramai yang pergi menghantar.
Masing-masing gerak sendiri, berjumpa kat surau area rumah si Shafiq..... ahkak kena ambil adik yang kat Kajang dulu..........

Layan ajerlah gambar-gambar ni ya..... 

dengan ayahanda dan bondanya

ini dengan adik dan kakak iparnya jua

ni dengan auntie-auntie nya

ciuman dari ibunya

 makan beradap

Jumaat, 26 Februari 2016

Farewell Party Untuk Miss Jeeva

Assalamualaikum,

Semalam belah pagi ada lion dance dan belah petang pula fakulti kami buat jamuan perpisahan untuk sorang lecturer ni. Dia dapat better offer so dia pergilah kan!!!!. Mac ni dia joint one private university kat KL.

Menu petang tu adalah
karipap dan talam tokyo
mee hoon goreng
fruit tartlets
semua makanan yang kat atas tu kami order dari Nilai Impian
sedap-sedap kesemuanya.......
kek from secret recipe
nama kek ni tak ingatlah pula, sedap dan tak manis sangat
orang yang akan meninggalkan kami kena potong kek ini.......

Lion Dance Kat Office

Assalamualaikum,

Semalam students dari persatuan chinese society ada buat persembahan lion dance. Dia orang datang ke setiap department dan faculty. Untuk tahun ni aku tak bagi dia orang masuk bilik aku, dia orang hanya pergi ke lecturers room ajer...... Dean merangkap boss aku pun tak bagi dia orang masuk ke biliknya.......

Dia orang cakap kalau lion tak masuk tak ada ong........ aku cakap every year dia masuk, tak ada pun ong........  ini semua kepercayaan dia orang........ hanya percaya kepada Allah sahaja. Jika Allah nak beri lebih, lebihlah nanti....... anggap sebagai hiburan sahaja......... bergegar jantung bila dia orang bergendang.......
dia orang baru sampai kat our faculty
pintu belah kanan tu lah bilik aku dan dean
bilik lecturers pun tak kesemua yang lion boleh masuk.......
sebab kebanyakkan lecturers pergi ke kelas dan bilik berkunci
ang pow yang dia orang sangkut tinggi
lion tegak berdiri untuk mengambil ang pow......

Souvenir dari India

Assalamualaikum,

My boss baru balik dari India. Dia belikan saree untuk ahkak...... 
kita kasi buka tengok coraknya........
nak kena lining ni.......
terima kasih boss........

Khamis, 25 Februari 2016

Hero Keluar Dengan Kawan-Kawannya

Assalamualaikum,

Ini cerita masa cuti CNY hari tu. Sekolah kan cuti seminggu so kawan-kawan my hero ajak dia tengok ola bola kat IOI Mall Putrajaya. Mula-mula ahkak tak bagi, tapi bila dia cakap bapa kawannya yang akan hantar dan ambil dia orang, so ahkak lepas kan lah...... dah banyak kali dia minta izin nak ke IOI ni untuk main ice skate tapi tak pernah ahkak benarkan...... kali ni bagi kelonggaran sikit......
kalau dah ke IOI Mall tu kena bawa duit banyak kan? so on saturday dan sunday tu bersungguh-sungguh dia mengemas rumah Mak Ngah nya untuk dapatkan upah....... dan mama hanya tambah sikit lagi......... pesan dekat hero jangan shopping apa-apa pun kat IOI Mall tu, tapi bila balik ada juga barang yang dia beli...eeeeeeemmmmmmmmmmmm

Pagi-pagi lagi kawannya dah duk panggil kat depan rumah...... dia pergi berlima kalau tak silap.......
ini masa nak pergi
gambar-gambar nya dengan kawan-kawannya
singgah breakfast......
kat mana tak pasti...... 


ahkak belanja gambar-gambar my hero kat IOI  okay

tiket wayang ola bola
cuci mata kat dalam mall
nampak tu!!!!
berbeg-beg ekau pegang bang.........

sakan betul dia orang berjalan kat IOI
pukul 7 pm baru sampai rumah............

Rabu, 24 Februari 2016

Door Gift Dari Rumah Pengantin

Assalamualaikum,

Pergi ke majlis kenduri kahwin ni pada penghujung Disember lalu. Pengantin perempuannya adalah anak sepupu en. suami. Gambar-gambar dimajlis persandingan langsung tak ada........ lupa nak ambil...
 door gift ni untuk majlis khatam alquran.
ada 3 cenderahatinya
untuk majlis nikah lain giftnya
untuk bersanding pun lain.........

Masa majlis khatam alquran tu dapat pelikat dan batik indonesia serta sejadah dari indonesia juga........

Breakfast Nasi Lemak

Assalamualaikum,

Ini sambungan cerita kat Centrio tu ya. Keesokkan paginya kita orang breakfast nasi lemak. Masak sendiri.... Nasi lemak ayam berempah........
nasi lemak
ayam berempah

yang dah siap dihidang
kuih-kuih tu beli ajer......

Jumaat, 19 Februari 2016

Centrio Seremban 2

Assalamualaikum,

Ini cerita masa cuti sekolah bulan disember 2015. Walaupun dah basi tapi ahkak still nak ianya ada kat blog sebagai kenang-kenangan. First time bawa budak-budak kesini, sebab selalunya lalu ajer. Tempat ni memang happening betul lah...... tempat tumpuan warga Seremban dan sekitarnya........ sebab ahkak kata warga Seremban kerana ahkak tengok kat FB ramai kawan-kawan sekolah yang sekarang menetap kat area Senawang dan Ampangan bawa anak-anak dia orang bermain kat sini.

Centrio ini terletak kat Seremban 2 berhadapan dengan Mydin Mall. Senang ajer nak cari tempat ni. Macam-macam ada kat situ. Roller Blade, basikal dan berbagai lagi. Sediakan duit ajer....... memang kopak kalau datang kat sini..............
masa ni pergi ramai-ramai
3 keluarga lah....... baru seronok nak main......
mula-mula sewa roller blade dulu... RM10 main sampai puas
Hanya Danial sajer yang ada roller sendiri so selamat dah RM10
My hero masa ni belum ada sendiri punya, la ni kalau datang kesini bawa ajer dari rumah......
anak-anak perempuan nak naik basikal pula
so ambil yang elektrik punya (pakai cas tu)
RM20 or 30 untuk 1/2 jam (harga tak pasti - tak ingat dah, tapi puluh-puluh lah rasanya)
my gegirl and Yasmin
My hero pun nak naik basikal elektrik jugak
so sewa satu lagi
mula-mula dia dengan Iemran lepas tu bawa mak Ndaknya pula round-round kat situ......
sewa juga basikal yang kayuh dua orang ni
harga pun dalam lingkungan RM20 ke RM30 untuk 1/2 jam juga.........
Pak Ngah carry si Najwa pula.........
untuk Qaseh, belikan buih sabun tu
main sekejap ajer
daripada membazir, Mak Ngah ngan Pak Ngah duk habiskan
ni tah apa lagi si Iemran nak ni.....
my hero with Danial
my hero
my gegirl with Yasmin
adik yang kena carry si Yasmin
melepak sambil menunggu anak-anak bermain 

kat Centrio ni pun ada juga gerai-gerai makanan
tapi kami tak singgah lah
just beli air yang dalam bekas besar tu ajer..........

Khamis, 18 Februari 2016

Selamat Berangkat Ke Bumi Aussie Intan Aqilah

Assalamualaikum,

Intan Aqilah ni adalah anak kakak aku.... 
Semalam selamat terbang ke Aussie untuk melanjutkan pelajarannya......
Maaf....... auntie-auntie semua tak dapat menghantar sebab kerja.......
tappppppiiiii the day before kita orang dah berkumpul kat rumah kakak untuk kenduri doa selamat........
Intan with mom and dad dan juga abang kedua dan abang ipar (baru ajer nikahnya kedua-dua abang tu....)
Intan with students tajaan MARA yang akan berangkat ke Australia

Good luck Intan
semuga sukses kat sana...........

Rabu, 17 Februari 2016

Jalan-Jalan Cari Makan lagi

Assalamualaikum,

Kami dan adik yang kat Bandar Sri Sendayan keluar makan kat one of the chinese muslim restaurant kat Seremban 2. Restaurant ni dekat-dekat dengan S2 Park, dekat juga dengan masjid baru tu..... Nama kedai lupa....... 
order sotong telur asin
udang petai
ikan siakap (masak apa...... lupalah....... pergi makan ni dalam bulan Januari rasanya)
dan ada juga sayur.......

Waktu pergi ni, orang punya lah ramai....... susah nak dapat meja......... tapi service cepat........ makanan pun sedap di tekak aku.......... terutamanya sotong telur asin tu...........