Selasa, 22 Februari 2011

Najwa's Birthday

Najwa genap 9 tahun pada 11.2. So buatkanlah jamuan untuknya, buat kecil-kecilan aja. Yang hadir kebanyakkannya budak-budak lelaki. Perempuan cuma 3 orang aja. Rupa-rupanya Najwa lebih ramai kawan lelaki daripada perempuan. Hai anak Mama, apa sudah jadi ni.......... kamu tu perempuan, so kena carilah ramai lagi kawan-kawan perempuan..........



Isnin, 21 Februari 2011

Jersey

Itu hari nak kasut bola, dah dapat dahhhh........ dan dah ada n3 pun kat blog. Now, jersey pula dan sibuk suruh letakkan n3 ni kat blog. Jersey ni siap suruh printkan nombor 10 dan namanya sekali kat belah belakang. Semua dah ibu dan ayah turutkan, tapi bila ibu suruh belajar, cukuplah malas. Buat latihan main tembak aja, tak nak buat betul-betul..... kan semalam dah kena belasah dengan ibu...... jangan main-main abang.....

Intekma Resort Shah Alam

Aku ingatkan lepas berendam kat Wet World terus aja balik..... rupa-rupanya Mr. hubby dah ada plannya sendiri without informed us. Bila aku tengok dia masuk jalan ke UITM aku dah agak sure nak gi Intekma ni...... tapi aku diamkan aja, cuma Adli yang bersuara dan berkata pada ayahnya.... ni macam jalan nak ke Intekma je ayah? Ayahnya diam aja dan terus membelok ke Intekma..... Apalagi, maka anak-anak bertuahku pun senyum lebarlah dan cakap pada ayahnya, ayah baiklahhhhh........ So malam tu kita orang bermalam di Intekma Resort dan anak-anak bertuahku dah tak sabar-sabar nak berendam lagi..........





Pada sebelah malamnya, kita orang gi dinner kat rumah Mak Long yang mana sebelah siangnya ada kenduri kahwin kat rumahnya. Malam tu makan lagi nasi minyak...........




Pada keesokkan harinya apa lagi, anak-anak bertuahku terjun ke pool hinggalah ke pukul 11.45, sampai kena blocklah card (kunci bilik)....... tak boleh buka pintu (nasib baik ada cleaner tengah buat cleaning, so pakai dia orang punya cardlah untuk masuk ke bilik). Maka membebellah aku kat cleaner tu, siap cakap belum pukul 12.00 lagi dah kena block ker?














Khamis, 17 Februari 2011

Cuti Chinese New Year aka Cuti-Cuti Malaysia 2011 (Bahagian 2)

Lepas attend wedding kat rumah Mak Long, kami sekeluarga pun bergerak pula ke Wet World Shah Alam. Sebab dah janji ngan anak-anak nak bawa dia swimming kat Wet World Shah Alam after wedding. Kami sampai kat Wet World Shah Alam dalam pukul 3.00 petang, so anak-anak apa lagi........berendamlah dia orang sampai Wet World tu closelah..... Ramai betul orang kat Wet World......





Aku ngan Mr. hubby kena mandi gilir-gilir. Kena jaga barang-barang, tak mau pisang berbuah dua kali..... Aku penah kehilangan kamera kat Wet World Shah Alam ni, kena curi.....sedihhh....








sibujangku tengah merajuk.... nak sewa pelampung.......dah dekat pukul 6.00 petang baru nak suruh sewakan pelampung mana nak dapat sayang oiiii.... tu yang menyelam tu.....


kelaparan selepas berendam....



Kenduri Kahwin @ Shah Alam

Pada hari Sabtu sempena cuti Chinese New Year, kami sekeluarga berangkat ke Shah Alam untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak Mak Long aku. Selalunya bila kita orang gi kerumahnya mesti sesat barat tapi kali ini Alhamdullillah, tak sesat pun, sebab Mr. Hubby ikut jalan Persiaran Selangor, sebab kat Jalan Persiaran Selangor tu banyak signboard menunjukkan arah ke Section 17. Meriah sungguh majlis kat rumah dia. Ramai kaum kerabat aku yang hadir.



di antara kaum kerabat yang hadir.....


Mak Cu Cai and family










Mak Cik Lijah and family.....




Pak De Zul and family....





Pak De Zul (baju kemeja) yang dah lama tak jumpa..... jumpa bila ada kenduri kendara aja....


sepupuku Zizi n family





My sister Angah



Angah's family.... tudung pink n yellow - my aunties...








sepupu yang dah lama tak jumpa....





my sister's husband yang sibuk nak balik cepattttt....





puteriku yang baru nak makan setelah penat memberi bungkusan pada tetamu. Baru terasa lapar yaaaa.......





Jumaat, 11 Februari 2011

She is 9

Hari ni 11.02 genaplah usia anak perempuanku 9 tahun. Happy birthday to you. Luv u.


Belum ada gambar yang nak diuploadkan lagi, petang ni baru buat dia punya party (small party aja) coz dia dah jemput kawan-kawannya (pandai-pandai aja dia jemput kawan-kawannya tanpa inform aku dulu.


Gambar akan diupload nanti............ Sabar yaaaaaaaaa

Selasa, 8 Februari 2011

Soccer Boot

Gambar-gambar ni disnap oleh anak bujang ku Adli dan siap pesan suruh masukkan kat dalam blog. Bukan main sibuk lagi dia nak kan kasut bola ni, selagi tak dapat muncung ajaaaaa..... Dah dapat bukan main happy lagi.



Abang, setahu mama Abang terpilih untuk main bola tampar kat sekolah, bukannya bola sepak!!! Kenapa abang nak juga soccer boot ini?



Adli cukup bengang kerana terpilih untuk main bola tampar kat sekolahnya..... Dia sebenarnya minat pada bola sepak.... Dia tanya kat aku, kenapa dia tak terpilih untuk main bola sepak.... terpaksalah aku mencari jawapan yang sesuai, aku cakap katnya mungkin Abang ni big size dan tak kuat lari dan dia cakap, ada budak lagi gemuk dari Abang, kenapa cikgu pilih dia..... tak dapatlah mama nak berikan jawapannya. Tapi apa-apa pun mama doakan moga-moga Adli boleh mewakili sekolah satu hari nanti, kalau tak dapat masa sekolah rendah ni mungkin masa kat sekolah menengah..... Dan mungkin satu hari nanti Adli boleh gantikan Zaquan and twinnya..... siapa tahukan.....



Isnin, 7 Februari 2011

Cuti Chinese New Year aka Cuti-Cuti Malaysia 2011 sekalilah.......(Bahagian 1)

Pada mulanya aku plan nak pergi bercuti ke Lumut (ini planning aku ngan en hubby, anak-anak tak tau pun..... kalau inform dia orang mesti kena perginya coz dia orang suka lepak kat Blue Bay, Lumut). Tapi plan ni tak jadi, sebab we all takut tersangkut dalam jammed nanti, almaklumlah cuti panjang, ramai rakyat Malaysia yang merantau balik ke kampung halaman atau pun pergi bercuti.



Oleh kerana tak jadi nak ke Lumut, so akak bawalah anak-anak bertuah ni gi jalan-jalan kat Bangi dan Alamanda aja. Gi Bangi tu pun ada sebab coz Adli sibuk nak beli soccer boot. Sebelum gi Al Ikhsan Bangi, we all gi isi perut dulu kat Yati percik..... dah lama akak idamkan nak makan kat Yati Percik.....akhirnya baru dapat, itu pun kat Yati Percik Bangi aja...huhuhu






Dah puas ronda Bangi, kita orang menuju pula ke Alamanda....