Rabu, 8 Februari 2023

Sarapan Pagi Di Jalan Bakri, Muar

Assalamualaikum,

Pagi Ahad tu kami keluar mencari sarapan di Muar. Hotel yang kami nginap ini tak disediakan sarapan. 

Kami ke Jalan Bakri untuk sarapan kat satu warung kat situ, tapi tutup pula.......... Frust dah..... nak tak nak terpaksa lah sarapan kat warung champa...............

Bubur nasi
one for My Putri and one for me.
dah biasa sarapan dengan bubur, so boleh lah masuk tekak kami...
yang jadi masalahnya en. suami. Mana dia biasa sarapan dengan bubur....
Hero ambil nasi ayam, ok lah boleh lah dia makan
order mee sup untuk en. suami, tak habis pun........
Malas nak cari kat tempat lain, sebab kami nak check out pukul 12
balik awal so Isnin boleh relek-relek kat rumah.

anak dara nak try tongmo
so ambil 1 set
1 set ada 3 ketul

Lepas sarapan balik ke hotel
lepak-lepak before check out.
before balik Nilai, pegi hantar Hero balik Pagoh dulu.... and then balik Nilai....

Isnin, 6 Februari 2023

Benteng Hentian Bas Bentayan Muar

 Assalamualaikum,

Malam tu kami makan kat benteng Bentayan. Depan kopi 434 dan berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kami menapak jer ke benteng tu. 

Sizzling mee

Kacang pool

Satay 
Ayam, Daging dan Perut
Perut tu my favourite 

Pasta
Kali ini kurang
Maybe chefnya dah lain kot...
Lepas makan kami ke uptown
Di pimping oleh Hero

Ahad, 5 Februari 2023

From Nilai to Pagoh

 Assalamualaikum,

Semalam hantar anak balik Pagoh. Dia gerak dulu, sebab dia menunggang motor. Dia gerak dalam pukul 9 pagi dan memang suruh dia gerak awal sebab pagi-pagi kereta tak banyak lagi kat highway. Mana hado kereta kurang, banyak juga katanya. Kami gerak ke Pagoh dalam pukul 11 pagi, kami bawa barang-barangnya.

Jammed
Ini baru kat area Ainsdale
Kalau lulus pengeluaran kwsp mau melekat jammed nya nanti

Alhamdulillah 
Hero selamat sampai kat rumah sewa dia orang
Masa ini baru budak dari Terengganu dan Johor Bharu yang sampai
Yang lain-lain belum lagi, mungkin Ahad.
Johor public holiday Ahad, kalau tidak first class start dah.

Kalau hantar Hero balik, mesti check-in kat sini 
Kali ini Hero ikut bermalam kat sini
Ahad is public holiday for Johor. NS ada extra one day.

Pemandangan dari bilik hotel

Ini juga dari bilik hotel

Masa makan kat medan MARA, ferry ini baru nak gerak ke Bangkalis
Sebelum ini satu ferry dah gerak ke Dumai
InsyaAllah one day kita jalan-jalan ke kepulauan Indonesia 

Jumaat, 3 Februari 2023

Seronoknya Mereka Yang Bercuti Ke Utara dan Hatyai

 Assalamualaikum,

Dapat dari group Whatsapp Legacy Haji Ali (Family). Ada ahli keluarga yang sedang bercuti ke Utara Tanah Air dan Hatyai...... My Sis anak beranak, menantu, cucu dan besannya dan adik ahkak Ita dan suaminya.

Hari mereka masuk Hatyai.... 




Akhirnya dia orang dapat makan Tom Yam Hatyai yang diidam-idamkan oleh kakak ahkak......

ini rasanya kat tempat breakfast tepi sawah or dekat homestay dia orang.....
Kakak ahkak arwah suaminya orang Kangar, dekat dengan Bukit tu......

Semoga selamat dalam perjalanan

Pagi-Pagi Lagi Dah Terjun Tiruk

Assalamualaikum,

Pagi-pagi lagi dah terjun tiruk.... tamak lagi bak kata adik ahkak Yati......... Mana ke tak tamak, kalau jual  setakat pulang modal ajer....... Anak dara punya dah jual hari tu, masa mencanak naiknya....... tak apa kita sabar ya.... Beberapa hari yang lepas QM (Quantum Metal) mencanak naiknya..... pagi ini menjunam pula........ adatlah kalau buat pelaburan kan????

My sis Yati kat story nya  pagi ini tunjukkan graf QM yang menjunam 😢😢.....

Sedih-sedih juga, perut kena isi juga.

So sarapan pagi ini.

Mee goreng dan Nescafe 3 in 1
Alhamdulillah, kenyang..............

Food Hunting By My Putri: Cruffee

 Assalamualaikum,

Kali ini mereka ke Café Cruffee di Desa Kolej, Bandar Baru Nilai. Café ini terletak di belakang Hype Motor Hotel. Dekat dengan Aurilius Hospital. Ada deretan kedai baru disitu. Mamanya yang bekerja berdekatan situ pun tak tau ada café. Dia yang intern kat Maybank tau pula.... sedap katanya.... dia pergi hari rabu lunch kat situ and again khamis pun lunch kat situ... so memang sedaplah tu.... Nanti Mama and geng kantin nak gi cuba lah situ....



Decoration dalam café 

Air minuman
Ais Matcha dan Ais Chocolate
Harga RM9 setiap satu

Carbonara

Buttermilk popcorn chicken

They're also order a popcorn chicken for appetiser.

Sedap tapi harga mahal sikit....
Portion banyak
Berbaloi lah....

Rabu, 1 Februari 2023

Breakfast Harga Kayangan

Assalamualaikum,

Pagi ini breakfast harga kayangan.


McDonald's 
Harga untuk 2 orang RM45
Breakfast yang paling mahal pernah beli

Rezeki hari ini
Ada rakan sekerja bagi
Terima kasih
Moga murah rezeki orang yang memberi ini.