Rabu, 11 Oktober 2023

Cuti-Cuti Hatyai - Day 1 Part 2

 Assalamualaikum,

Kita sambung cuti-cuti Hatyai. Cuti-Cuti Linggi Clan........

Lepas solat suboh kita gerak ke Changloon untuk sarapan pagi.

Me, Sis Ida dan Sepupu kami Sis Lisa

Sis Ida dan Sis Lisa
Lepas sarapan kami ke tempat insurans dan white card tu
pergi collect ajer - sebab driver bas tu dah arrange dengan company insurans tu.....
dah collect semua kami proceed ke Bukit Kayu Hitam
Imigresen Malaysia ok, lengang jer




Berderet kereta dari Malaysia nak masuk Hatyai

Selesai kat ICQ Malaysia kita naik bas semula

now kita menuju ke ICQ Thailand

Sempadan Malaysia Thailand

Jammed dari ICQ Malaysia ke ICQ Thailand
tengoklah......... berderet kenderaan masuk ke Thailand


Beratur panjang.......
ramainya rakyat Malaysia ke Hatyai
tapi kami tak lama beratur.......
sebab pemandu pelancong kami si Anna tu dah kawtim dengan Imigresen Thailand
kami dapat fast lane.........

selesai di ICQ Thailand
kami gerak ke Danok
untuk tukar duit RM ke Baht

Danok


Danok
Selesai di Danok, kami meneruskan perjalanan ke Hatyai
Singgah makan tengahari dalam perjalanan ke Hatyai
Nama tempat lupa lah pula........

Pak Cik kami.......

Mak Cik (wife Pak Cik) sebelah Najwa

kami.......
licin pinggan kau......
sedap masakannya.....
sambal belacan sedappp.....

Jumaat, 6 Oktober 2023

Cuti-Cuti Hatyai - Day 1 Part 1

 Assalamualaikum,

Cuti-cuti ini adalah cuti-cuti family, so muka sepesen ajer dalam gambar nanti...... Kami gerak malam 27 September 2023. Rombongan kami ini menaiki bas. Bas pakcik yang arrange. Bagi yang duduk di Negeri Sembilan, kena berkumpul di Paroi Jaya, rumah pak cik lah......... kami park kereta di rumah pakcik....... Cuti-cuti ke Hatyai ini ahkak dengan Najwa jer yang pergi......... En. Suami dan Adli tak follow.
Bagi yang menetap di KL tempat berkumpul di Lotus Ampang.


Masa ini masih kat Paroi Jaya
Mereka yang kat KL nak tengok keadaan bas
tempat duduk 2 + 1
Bas gerak dari Paroi Jaya dalam pukul 9.30 malam

Jammed kat Southville

ini kat RnR Tapah
1.30 pagi kat situ

ini kat Juru
Berhenti buang air
4++ pagi kat situ

Sembahyang Suboh di Masjid Al Bukhary, Alor Setar



7.00 pagi kami gerak dari Masjid Al Bukhary menuju ke Changloon untuk sarapan di sana.........

Rabu, 27 September 2023

Red Velvet Cake By Najwa

 Assalamualaikum,


kalau teringin tu cepat ajer dia buat....
sedap
next boleh cuba carrot cheese cake pula ya.........

Isnin, 25 September 2023

In House Training

 Assalamualaikum,

Jumaat lepas kena attend training lagi......... dah banyak kali pegi training sebenarnya, dan tiap kali training, nama kita orang ajerlah yang kena........but ini yang seronok lah....... more activity....... tak ngantuk........
Tajuk training kali ini "Effective Teamwork at Workplace".

Antara activity nya........



melukis dengan memegang hujung tali yang telah diikat pada marker pen.
Ini lah hasilnya.....
ada rupalah sikit
soooo team kami menang.......


Bawa cawan berisi air di atas kain yang licin tanpa tumpah atau jatuh cawan itu...
ini kami kalah.......

Team ini yang menang

keluarkan smile ball dari balang tu dengan menggunakan straw
ini team kami yang menang

mendengar arahan dari suara kami
si Zura terhenti di situ
confius sebab team yang satu lagi tu bukan main kuat suaranya.....
maka kami kalah di situ.......

yang ini lupa apa nama gamenya.......

hasilnya
group kami dapat tempat ke2..........

Tak Lama lagi

 Assalamualaikum,

Hampir siap dah...... dekat dengan rumah....... Tak perlu ke Bandar Baru lagi....... kalau teringin kita ke Kota Seriemas pula.....





Khamis, 21 September 2023

Carbonara Makan Malam Sabtu Lepas

Assalamualaikum,

Carbonara by Najwa....... Muak makan nasi katanya.......

pakai ayam dada yang dipotong kecil-kecil
malas nak gi keluar beli daging ayam kisar Ramly tu.........


ini ajer dinner kami....
Alhamdulillah........