Jumaat, 13 Januari 2023

Ke Southville City

 Assalamualaikum,

4 January hari itu My Putri ajak ke Southville City. Ingat kan dia miss rumah sewanya masa Sem 5/6, rupanya nak pergi beli alatan mekapnya.


sewa kat sini MasyaAllah mahalnya.
Satu kepala RM250 sebulan
duduk 6 orang.........
campur dengan duit transport ke kolej sehari RM10 (nasib ada kereta kawan, so bayar RM10 untuk pergi balik, kalau Grab lagi lah mahal)
kat Southville city ini ramai students area Bangi yang menyewa.
Dah alang-alang kat Southville ini kita lajak pula ke Bangi
Ke Muaz nak cari shawl dia.

kita lalu depan KPTM 

Bye Bye KPTM

Mengopi Kita Pagi Ini

 Assalamualaikum,

Mengopi kita pagi ini. My doter nak hazelnut coffee pula. Hari tu dah try beli kat Petronas ni, sedap pula, tu yang teringin sangat dia. So kita ikut kan lah permintaan dia.... tapi dia yang bayar, orang dah ada income intern nya.......


Untuk Mamanya Hazelnut Coffee
Dia Chocolate pula
Untuk 2 tu RM24.00
Semoga murah rezeki anak-anak Mama.

Ahad, 8 Januari 2023

Akademi Memandu Gemilang, Sepang

 Assalamualaikum,

Pagi ini menghantar Hero ke Akademi Memandu Sepang. Ambil kan lesen kereta untuk dia. Sebelum ini lesen motor dia pun ambil kat sini. Hari ini dia ada taklimat sebelum ujian komputer.


Kenapa jauh sangat dari adiknya. Adiknya kat Pajam dan masa menunggu untuk test JPJ dekat setahun. Cukup lambat kat Pajam tu, sebab queue nya terlalu lama. Ramai sangat kat Pajam tu. Sebab kat Pajam ini murah sikit, manual dan auto RM1000 tu sebab ramai sangat kat sana. Dah tanya untuk My Hero hari itu, paling cepat pun October 2023. Oleh kerana lama sangat nak menunggu so kita daftar jer kat Sepang tu. Manual RM1450 manakala Auto RM1550.





Kalau kat Sepang ini akan dapat melihat kapalterbang nak mendarat.
Setiap masa akan melalui ruang udara akademi memandu ini.
Leka pula nengoknya
Rendah-rendah terbangnya.
Segan pula nak snap gambar, kang ada pula yang mengata jakun nya makcik ini....

Sabtu, 7 Januari 2023

Tudung Fazura Black Edition

 Assalamualaikum,

Dari kelas memandu singgah pula AEON Nilai. My putri nak beli llaollao yogurt ice cream.

Terlalu depan butik Fazura dan ternampak ada tudung Black edition yang diidamkannya. Since intern elaun dia dah masuk kita benarkan lah dia beli sehelai. Sehelai ajer tau. 


Dapat beg percuma 
Harga nya....
RM97 sehelai.
Kain satin 

Kelas Memandu

 Assalamualaikum,

Dari Seremban kami terus ke Pajam. Hantar my putri untuk kelas memandunya. Ini kelas kedua terakhir sebelum test JPJ.


Haji Shariff Cendol, Seremban

 Assalamualaikum,

Kesini hari ini. Sebelum tu ke Digi Centre kat Seremban. Nak terminate broadband my putri. Tapi ramainya umat kat digi tu. Tak boleh tunggu sebab my putri ada kelas memandu petang ini.


Akhirnya dapat makan kat sini
Kalau tidak bila lalu tutup jer
Cendol 4 mangkuk, ahkak jer 2 mangkuk 
Rojak 2 pinggan.
Mula-mula order 1, tak cukup so tambah lagi 1.

Isnin, 2 Januari 2023

Food Hunter By My Putri: Café Koka Lamo

 Assalamualaikum,

Jumaat baru ini dia orang ke Café Koka Lamo kat Nilai juga. Café ini terletak kat Jalan Sepang Nilai iaitu kat Kampung Bukit Kadir. Tepi jalan jer. 







Matcha Latte 

Overall makanan kat sini sedap juga katanya.
Sorry kali ini tak ada gambar makanan.

Banyak juga café baru kat  Nilai ini ya
Tak tahu pula ahkak
Nanti boleh lah cuba....