Jumaat, 3 September 2010

Shopping Raya!!!

Hari Sabtu lepas, kami kuar gi shopping kat Sogo, beli baju raya untuk Adli n Najwa..... tapi tak dapat nak pilih sangat coz terlalulah ramainya orang...... macam ulat bulu. Nak ambil gambar pun tak ada mood..... terlalu sesak kat dalam Sogo tu.... Pitam dibuatnya. Hanya dapat belikan sorang 2 pasang aja. So, disebabkan tak habis bershopping raya lagi, maka pada cuti merdeka tempohari saya ajak Mr. hubby gi shopping lagi, tapi kali ni kat Seremban pula (dah tak larat nak gi ke KL lagi). Hajat hati nak gi Jusco kat Seremban 2 tu, tapi disebabkan parking full so kita orang gi Area Ampangan ngan Senawang je, kat situ pun ramainya orang, jalan jemm. Kami hanya dapat belikan kasut untuk Adli n Najwa. Nak tambah sorang sepasang lagi tak kesampaian jua, sebab tak berkenan dihatiku. (Anak2 tak cerewet, yg cerewet maknya. hehehe)




ni masa gi shopping kat Seremban, sempat lagi main tu walaupun tengah posa







kasut raya depa.... ni Najwa yang suruh ambil gambar dan letak kat blog katanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan