Akibat dah berjanji dengan orang bujang ku, jika N9 menang dengan T-Team di Terengganu pada perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia, kami akan bawa dia ke Stadium Paroi untuk menyaksikan perlawanan bola sepak pusingan kedua secara live dari stadium.......
Menanglah pula N9 pada pusingan pertama, so orang bujang aku pun apalagi, menuntutlah janji yang ayahnya buat tu......
So, Saturday lepas, selepas ayahnya balik dari kerja, turunlah kami sekeluarga ke Stadium Paroi menyaksikan pusingan kedua perlawanan bola sepak Piala Malaysia di antara N9 dengan T-Team..... Terima kasih yang tak terhingga kepada Mak Cu Manja (pangkat mak saudaraku) kerana tolong belikan tiket...... Nasib baik masa aku call, Mak Cu Manja, baru aja nak pergi ke Stadium, untuk belikan tiket untuk anak bujangnya...... Petang tu kita orang kena pergi kerumah dia dulu di Taman Tuanku Jaafar untuk mengambil tiket....... after that patah balik ke Stadium Paroi...... dari Taman Rashidah Utama lagi, jalan dah jammed....... nak masuk Paroi Jaya usah cakaplah..... tak gerak pun kereta...... sepatutnya dari Stesen Minyak Caltex kat simpang Paroi Jaya tu nak kerumah Pak Saudara aku di Paroi Jaya tu boleh ambil masa 3 minit aja, ni kat 10 minit masih kat simpang tu..... so aku ajak mr. hubby aku keluar balik...... dan ikut jalan Panchor (kira jalan belakanglah...) Parking kereta kat rumah Pak Cik aku...... rumah Pak Cik aku ni berhadapan dengan Stadium Paroi tuuuu........
Bukan main happy lagi orang bujangku dapat tengok secara live, bukan dia aja yang happy, adiknya pun sama..... bukan main bersorak lagi dia orang, bila N9 sumbatkan gol.... Bila N9 dah layak masuk final, mr. hubby tak berani lagi nak berjanji dengan dia..... kalau berjanji, sure dia tuntut..... Lagipun rasanya tak pergi tengok final, sebab perlawanan di adakan di Stadium Shah Alam, jauh sangat..... Tapi hari ni aku dengar dari sumber-sumber tertentu, mengatakan yang padang Stadium Shah Alam tu rosak...... kemungkinan akan diadakan di Paroi or Melaka..... kalau Paroi, bolehlah pergi tengokkkkk.......hehehe, lagipun Mak Cu Manja aku tu jadi ulat tiket perlawanan akhir.........
terserempak pula dengan Pak Tam dia orang...... Pak Tamnya pun parking kereta kat rumah Pak Cik tu..... malam tu rumah pak cik aku tu jadi tempat parking kereta untuk anak-anak buah dan kenalannya.........
malam tu, stadium hanya dipenuhi oleh penyokong N9, semua kuning..... tak nampak penyokong T- Team pun......
anak bujang aku..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan