Khamis, 9 Februari 2012

Program Mentor-Menti @ SRAI Salak Tinggi

Program ini telah diadakan pada Sabtu lepas, 04 Februari 2012 dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengahari..... program ini hanya untuk anak-anak tahun 6........ ibu bapa diwajibkan hadir bersama-sama dengan anak masing-masing......... ibu bapa kena menyerahkan anak-anak mereka yang ditahun 6 ke Mentor masing-masing. Mentor anak aku ialah Sir Mohd Faeizal..... sebelum majlis penyerahan Menti ke Mentor, ada berbagai aktiviti dan penerangan telah diadakan, diantaranya memperkenalkan guru-guru tahun 6, penerangan format UPSR dan PSRA dan pemberitahuan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini....... di antara aktiviti yang telah dan sedang berjalan ialah kelas se awal 7.00 pagi bagi tahun 6 (aku hantar anak aku ke sekolah seawal 6.45 pagi.... merangkak mak kau memandu, silauuuuu)...... dan bakal dijalankan ialah solat hajat dan bacaan yassin, kem motivasi dan berbagai lagi..........




sedang membaca ikrar 5A dan Muntaz harapanku........ moga-moga anak ibu berjaya mengapainya............amin......

Mentor anak aku yang pakai tshirt hijau atau biru tu.........



putraku kat barisan belakang..... belakang budak yang pakai baju pink tu...... puas aku suruh dia berdiri di barisan hadapan, tak mau, malu katanya.......... toksah malu-malu sayang...... yakin pada diri sendiri.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan