Tak ada perancangan pun nak ke Jeram Toi...... tiba-tiba ajer mr. hubby ajak ke sana pada hari Ahad lepas....... aku dah lama tak pergi bermandi manda di jeram ni since kejadian limpahan kepala air yang berlaku di Taman Rekreasi Ulu Bendul yang meragut tiga nyawa tu....... kalau tidak dulu, sebelum kejadian limpahan kepala air boleh dikatakan sebulan mesti sekali kami akan pergi beriadah di Ulu Bendul tu....... ni kira berani balik lah nak jejakkan kaki ke jeram ni walaupun hati aku dap dup dap dup, hanya Allah saja yang tau........... tambahan pula cuaca tak menentu kebelakangan ni, asyik hujan ajer......... semasa nak keluar rumah tu pun langit dah gelap semacam ajer, aku cakap kat mr. hubby, nak hujan tuuuu!!! tak payahlah pergiiiii........ mr. hubby aku cakap, ni langit kat Nilai, bukannya kat Jelebu, cuba awak tengok belah sana tuuuuu, terang ajerrrrr............ whateverlah darlinggggggg.........
sebelum mandi manda di Jeram Toi singgah makan kat gerai tepi tu, aku order laksa, mr. hubby pula order mee kari manakala anak-anak bertuahku tak nak makan apa-apa, dia orang dah tak sabar-sabar nak berendam........... Makanan kat gerai tu ok, sedap bagi tekak aku...... sampai aku terbayang-bayang akan kenikmatan laksanya, semalam kat canteen office duk pesan Laksa for lunch, tapi hampeh........ tak sedap....... dah lah tak sedap, masin pulak tu..........
Ini kali kedua aku ke Jeram Toi dan dah banyak perubahan (selalunya aku ke Ulu Bendul sebab nak ke Ulu Bendul tu dah highway)....... banyak pondok-pondok/wakaf didirikan untuk pengunjung........ so pengunjung bolehlah letak barang-barang kat dalam pondok tu, kalau kau orang nak berbaring pun boleh........ pondoknya besarlah jugak...........
ini papan amaran dari pihak berwajib mengenai fenomena kepala air....... safeguard pun ada kat area jeram ni......... kalau kat Ulu Bendul tu tak ada safeguard...... tak taulah selepas peristiwa limpahan kepala air itu mungkin ada kot.........
ini papan amaran dari pihak berwajib mengenai fenomena kepala air....... safeguard pun ada kat area jeram ni......... kalau kat Ulu Bendul tu tak ada safeguard...... tak taulah selepas peristiwa limpahan kepala air itu mungkin ada kot.........
asal-usul Jeram Toi..........
slide/gelongsor juga ada dibina di dalam kolam........ kat Jeram Toi ni pun ada kolam yerrrrr....... dia kepung sungai tu untuk dijadikan kolam..... taklah dalam....... boleh untuk budak-budak mandi......... air di dalam kolam tu adalah air sungai yang mengalir dari hulu yerrrrr........... cukup sejuk airnya hari tu, menggigil anak-anak aku............
air terjun yang turun dari atas bukit mengalir masuk ke kolam-kolam tu............. anak-anak bertuahku tu ajak kita orang naik sampai ke air terjun, tapi aku dah tak larat nak naik lagi, dah mencangut-cangut dah........ dia orang ada siapkan tangga untuk kau orang sampai ke air terjun tu tauuuuuu....... walaupun ada tangga, tapi aku dah tak larat lagi dah nak naik...... dari tempat parking kita orang menapak untuk kekolam tu jauh jugak dan tinggi tempatnya (naik tangga yaaaa) gambar tak clearlahhhhhhh...... yang merah-merah tu adalah gelongsor yang didirikan di dalam kolam.........
kita orang mandi manda sehingga ke petang, itu pun naik sebab safeguard tu dah suruh naik sebab langit dah gelap semacam dan petir dah berdentum......... sebelum tu aku dah ajak anak-anak aku naik dari sungai bila aku dengar guruh berdentum (seperti yang tertulis di papan amaran tu, kalau ada dengar guruh berdentum, cepat-cepat keluar dari sungai)....... tapi biasalah selagi hujan tak turun selagi tulah dia orang tak akan naik.......... tak tahu takut dia orang ni...... aku yang risau dibuatnya........ sebaik-baik kita orang sampai kat bawah, hujan pun turun dengan lebat......... dan air sungai kat Jeram Toi tu mengalir dengan derasnya............ Alhamdullillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang kami beriadah di Jeram Toi............
gambar-gambar semasa hujan..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan