Khamis, 22 Januari 2015

Kenduri 3 dalam 1

Assalamualaikum,

Aku dah dilanda virus M... Cukup malas sangat nak mengupdate blog dah........ harap virus M aku ni tak berpanjangan......

Ni cerita bulan 12 hari tu tau...... Kami pergi kenduri kat rumah Mak Lang en. suami kat Air Mawang, Johol. Kenduri 3 dalam 1, kenduri Akikah cicit Mak Lang, Tunang cucu Mak Lang dan Tahlil sekali..........
sampai-sampai ajer terus nampak buah rambutan...... kat tempat lain tak musim lagi tapi kat area Air Mawang ni banyak pula buah ni....... Kami tak terus terkam lah rambutan ni, kami pergi jumpa Mak Lang dulu.
Kuih Talam Ubi......
Sedapppppp
Menantu Mak Lang yang buat
barang hantaran dari belah perempuan
yang baju peach ni lah bakal pengantin, anak yatim piatu......
tu sebab buat kenduri kat rumah neneknya......
menu hari tu daging salai, kari kambing akikah, ayam goreng berempah, gulai tempoyak macam orang Linggi selalu masak tu....... Sambil tumis udang dan ulam-ulaman......
tak dapat nak bawa balik buah rambutan sebab semut banyak sangat kat buah tu..........

2 ulasan:

  1. Meriah betul dengan aktiviti kenduri-kendaranya yer :-)

    BalasPadam
  2. jimat belanja buat 3-in-1...sedap2 lauk-pauk..

    BalasPadam