Isnin, 11 Mei 2015

Majlis Perkhawinan anak kazen

Assalammualaikum,

Sambungan dari sini. Kali ini n3 majlis bersanding di Nilai 3 dan majlis bersanding di Linggi. Selepuk sekali aku upkan N3nya. Kalau part by part kang tah bila dapat di publishkan.......... Ahkak is busy now.......

Masa majlis kat Nilai 3 ni aku 3 beranak ajer yang pergi, en. suami bekerja. Kononnya nak berkonvoi lah untuk mengiringi pengantin lelaki tapi malangnya aku terlambat sampai. Sampai-sampai ajer pengantin dah duduk bersanding......... tapi bukan ajer aku yang lambat sampai tau, ramai yang lambat sampai terutamanya belah emak pengantin lelaki.........
ni kat meja beradap
pengantin dengan nenek pengantin lelaki
Pak Teh Mizul ni pun lambat sampai.......
padahal duduk Nilai juga........ hehehe......
bergambar dengan ahli keluarga pengantin lelaki......
masa nak balik, Tok Lang Jamilnya baru sampai, apalagi my hero pun mencuba lah super bike Tok Lang Jamilnya.........
cuba jangan tak cuba Bang.......
Nak????
haaaaaaaa belajar lah pandai-pandai
dah bosar gaji nanti boleh beli super bike..........
bawa mama dulu naik super bike tau Abang.......... bukannya bawa mak we tau!!!!

Pada 2 Mei 2015 adalah majlis bertandang kat Linggi. Kita orang balik pada 1 Mei. Balik-balik terus mengemas rumah peninggalan orang tua. Mop segala bagai. Sebab dah dekat setahun rumah tak berkemas. Sebaik habis mengemas air paip pun tak ada. Kecoh dibuatnya.......... nak mandi, nak buang air pun susah sebab tak ada air. Rumah dah lama tinggal, mana ada air tadah........ yang kat rumah pengantin lagi lah kecoh....... malam tu ada pula kenduri tahlil, tapi nasib baiklah dia orang dah tadah air. Last sekali sebelum kita orang pergi kenduri kita orang pergi tumpang mandi kat Pengkalan Durian, Linggi. Nasib baik mak pengantin ada sewa homestay, so semua pergi mandi kat sana. Kat area Pengkalan Durian air tak kena tutup, hanya Linggi sahaja..........
kami hanya datang makan
menolong, orang kampung dah ramai yang tolong
menu pada malam tu........
terbaik gulai perut dan sup tulang
ahkak ambil lauk tu ajer
kari kepala ikan, sayur dan sambal telur lansung tak sentuh
memang sedap masakan orang Tampin Linggi
malam tu dia orang duk menyusun meja untuk orang sebelah
merewang..........
ini pada majlis bersanding, 2 Mei 2015
lauk pauk lupa nak snap
lauk pauk nya memang terbaik
sodap sangat
dimasak oleh keluarga belah Pak Mid........


ahli keluarga pengantin lelaki
dari anak, menantu ajer yang tak pakai, cucu, cucu menantu semuanya pakai seragam
en. suami with Tok Cu dan Pak Cek
khemah yang di luar pagar
majlis berarak
rombongan pengantin perempuan dari Nilai 3
pengantin
petang tu, periuk belanga semua dah berkilat di cuci........
mandur of the day.........
hehehe...........

6 ulasan:

  1. Satu je kekurangan dalam setiap majlis perkahwinan skrg ni... bila pengantin berjalan tak ada orang lagi yang berjalan sama mengiringi kedua mempelai... tetamu sibuk menjamu selera sampai 'raja sehari' lalu tetamu buat tak tahu je. Kalau jaman dulu2 bila pengantin sampai masing2 terutama budak2 riuh rendah.

    Bepuluh-puluh tahun dah saya tak merasai pengalaman kenduri kedara begini... sama-sama gotong royong masak... berjaga sepanjang malam mengukus pulut... riuh rendah memasang pelamin dan menyediakan khemah...

    Nampak kurus dah si abang tu. Kalau ibu nak naik motor tu kena tukar penampilan ya.... kalau pakai baju kurung tak ragged la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya sweetie, dah lama tak buat kenduri secara gotong royong. Asyik catering ajer........ kali ni rasa seronoknya walaupun tak menolong.........

      Memang pengantin tu tak diiring. masing-masing leka. Pengapit tu pun diannounce baru muncul........ pengapit leka dengan sedara mara........ sekali sekala berjumpa.......

      Si Abang tu memang dah kurus. Jaga badan katanya.......
      Si Ibu ada berkata-kata dengan si Hero nya, kalau ibu naik super bike tu ibu pakai jubah boleh tak? tak ragged la katanya..........

      Padam
  2. falsya suke tgk kenduri kawen kat kampung2..meriah sgt..bergotong royong..sedara mara ade task memasing..nmpk happy sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok Falsya...
      Yang jadi tak seronoknya bila SAINS tutup air.......

      Padam
  3. dulu kakak saya kahwin dgn org Kuala Pilah, siap berarak pakai tandu, dengan kompang, gong..meriah sangat..

    suka kenduri di kpg, masakannya mesti lain, kalau di KL ni, dah tau sangat menu kenduri nya..lbh kurang sama je..

    BalasPadam