Isnin, 27 Julai 2015

Raya Ke 9

Assalamualaikum,

Terus cerita Raya ke 9..... Cerita Raya hari pertama hingga ke 8 belum lagi sebab aku masih tak boleh upload gambar ke komputer lagi...........

Raya ke 9 ni kakak aku yang kat Mantin tu buat majlis bertunang anaknya. Yang hadir hanya kaum keluarga terdekat dan jiran kakak aku kat Bayu Lake Homes tu........ Buat majlis kecil-kecilan ajer.

Masak-masak kat rumah my sis tak ada sebab my sis tempah kat jirannya ajer......... Menunya kari kambing, ayam goreng berempah (kot), sayur dan juga sambal sotong yang dimasak oleh adik ipar aku kat Bandar Seri Sendayan. Gambar makanan tak snap satu pun............. 



dari pihak perempuan.....
dimekapkan oleh kakak iparnya......
orang-orang sebelah
my BIL sedang berbincang dengan jurucakap bagi pihaknya......
disarungkan cincin oleh bakal mak mertuanya
dari pihak lelaki
 mak bapak dan bakal pengantin bergambar
 kami mak-mak saudara, bondanya, kakak iparnya, adiknya dan kakak sepupunya bergambar bersama bakal pengantin
 Abang Lang anak adik aku.........
memang kena buli dengan kita orang ajer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan