Isnin, 14 Disember 2015

Kanak-Kanak Jatuh Longkang Kat Flat Blok 10 Desa Cempaka

Assalamualaikum,

Pukul 12 tengahari tadi ada seorang kanak-kanak India berumur dalam linkungan 3 tahun terjatuh dalam longkang besar berhampiran blok 10 Cempaka iaitu berhadapan dengan Kg. Kubang. Dekat dengan kedai Dobi. Mungkin nak tengok air. Sebab sebelum ini tak pernah air naik, tapi semalam hujan lebat, air naik. Kedai tomyam dan bengkel kereta bertentangan blok tu pun air naik tinggi semalam. air naik tinggi selepas pukul 12 malam. Sebabnya ahkak tau air naik tinggi malam tadi adalah kerana ahkak keluar ke Salak sebab one of our friends hantar whatsapp bagi tahu rumahnya kat area Klinik Salak, air dah sampai paras pinggang. Pekan Salak pun air naik.........
 walaupun air dah surut tapi masih deras
kat longkang ni lah budak tu jatuh....
 bomba dan ambulance pun ada
 longkang yang masih dipenuhi air.........

2 ulasan: