Jumaat, 26 Mei 2017

Tempat lepak terbaru di Nilai

Assalamualaikum,

Semalam, 25.05.2017 dengan rasminya telah dibuka satu lagi tempat menghabiskan duit iaitu Mesamall. Mesamall ni berdekatan dengan office ahkak........... Menurut my colleague banyak kedai yang belum buka lagi. Construction kat tingkat atas yakni apartment/condominium tu masih berjalan lagi, tak siap sepenuhnya. Cineplex belum beroperasi lagi. Lepas ni orang-orang Nilai kalau nak gi tengok wayang tak payah lagi pergi ke Alamanda, IOI Mall or ke Seremban 2, dah ada yang dekat dah..........

Kalau nak ngeteh boleh lah pergi ke Coffee Bean or Starbucks. Nak beli barang dapur Jaya Grocer ada, tapi pilihan ahkak tetap kat Zemart, CS or Mydin, murah pun murah......... Jaya Grocer expensive sikit sebab barang-barangnya kebanyakkan dari oversea.

Since dah buka Mesamall ni, jadi payah kami nak keluar dari simpang empat kat office tu...... Jadi sibuk jalan kat situ.

Ahkak belum pergi lagi ke situ, gambar-gambar ni ahkak ambil dari kawan.
Mesamall dari seberang jalan.

kedai-kedai yang terdapat kat dalam Mesamall setakat ni..........




pemandangan di dalam mall

Sekarang kat Nilai dah banyak shopping complex. Coming soon AEON pula akan dibuka, dan berdekatan dengan Nilai juga kat Kota Warisan, tak lama lagi akan ada pusat beli belah macam JPO. Kat sini nanti akan dikenali sebagai Kuala Lumpur International Outlet. Mitsui pun dah menambah bangunan baru nampaknya.
Nilai dah tak seperti tahun 98 semasa ahkak mula-mula pindah kesini, masa tu satu shopping complex pun tak ada....... yang ada hanya pasaraya Grand Union........ dulu kalau nak shopping kena turun ke Seremban or ke Puchong, sekarang kat depan office pun dah ada tersergam indah Mall, duit ajer yang masalahnya..........

1 ulasan:

  1. woww mesa mall...biasa g sana jln2 jer...bwak kwn jenjln...

    BalasPadam