Jumaat, 16 Mac 2018

Dalam masa 1 Bulan 2 Kali Jatuh Motor

Assalamualaikum,

Ontah apo kono nya Jang hoiiiiiii. Dalam masa 1 bulan 2 kali ekau jatoh moto..... Tercabut rasanya jantung omak kau ni, tambah-tambah pula bila adik ekau dok call sambil nangis-nangis, lagi tak tentu arah omak kau dibuatnya............ mengigil badan omak kau sampai lupa nak makan obat kencing manis dan darah tinggi dik risau kan kau. Kalau boleh torobang, memang torobang mak kau ni nak sampai ke klinik. Memandu tu rasa lambat nya nak sampai ke klinik kesihatan salak tu, rasa jauh sangat padahal dekat ajer........

My hero sekali lagi jatuh motor, kali ini langgar lubang pula. Kena masa nak ambil result semalam. Kena kat depan sekolah tamil Desa Cempaka. Kali ini teruk cederanya. 

Ini semua sebab ahkak suruh dia ambil kan seluar trek adiknya. Before that adiknya call ahkak suruh minta abangnya bawa another seluar trek bila datang ambil result, sebab seluar adiknya koyak. Adiknya call dalam 9.30 pagi and ahkak ingat dia masih kat tempat kerjanya di KFC Kota Warisan. Selalu before dia gerak balik dari kerja, dia akan call ahkak bagitahu yang dia nak gerak balik tapi semalam tak ada call pun. Bila ahkak call, dalam 9.30 tu ahkak ingat dia masih kat KFC dan dia tak mention pun kat ahkak yang dia dah sampai sekolah. Kalau ahkak tahu dia dah sampai sekolah sure ahkak tak suruh dia ambilkan seluar adiknya. Dia bila dapat call dari ahkak terus balik ambil seluar adiknya. Masa OTW balik ke rumah tu lah dia kemalangan. Dalam sakit-sakit tu, dengan tangan, pergelangan tangan patah dan luka-luka tu sempat juga pergi ambilkan seluar adiknya dan hantar ke sekolah. Masa kat sekolah tu lah dia bagi tahu adiknya yang dia jatuh motor. Siap pesan dengan adiknya jangan bagitahu Mama, nanti Mama risau, biar abang settle sendiri katanya. Tapi adik nya tetap call ahkak sambil nangis-nangis dan bagi tahu kawan abang dah bawa dia ke klinik Salak, teruk cederanya katanya.

Ahkak coretkan kat sini supaya satu hari nanti adiknya baca dan tahu betapa besarnya pengorbanan abangnya pada dia. Harap adiknya tak lah selalu marah-marah abang lagi.........

Ahkak tanya adiknya, kenapa adik nangis semalam? Kan selalu marah-marah abang, gaduh dengan abang...... rupanya sayang juga dia pada abangnya ya!!!!
kali ini gigi  juga patah......
ahkak cakap, hilang handsome dah..........
sekali lagi Mama mohon, tolonglah bawa motor tu hati-hati, tumpu pada pemanduan.........
Ayahnya marah, lelan bawa motor kata ayahnya........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan