Assalamualaikum,
Rumah kampung hanya buka pada pagi raya sahaja. Yang balik pun hanya ahkak dan adik yang nombor 2. Yang lain-lain tak balik Linggi, tapi petang tu yang lain-lain balik ke rumah adik yang no. 2 ni di Bandar Sri Sendayan.
Ahkak gerak dari Nilai selepas sembahyang raya and singgah pula kat rumah MIL di Kuala Sawah. So bila sampai Linggi orang dah habis korban, so anak-anak tak dapat tengok orang sembelih lembu. My Mak Su, adik yang no, 2 dan no. 4 ni berkorban. Pagi tu after dia orang semua dah selesai korban kita singgah pula rumah Tok Cu, singgah pun sebab Tok Cu yang beria-ria suruh singgah rumah dia. Ramai anak-anaknya balik. Jumpa lah sedara-mara..........
Ahkak gerak ke Bandar Sri Sendayan dalam pukul 3, kiranya ahkak kena tutup rumah Linggi lah, kena buang segala sampah-sampah, tutup main air dan memastikan segala lampu dan kipas di tutup. My daughter dah follow Mak Ngah dulu, konon-konon menolong Mak Ngah nya masak rendang.
Antara menu kat Bandar Sri Sendayan petang raya adalah:
rendang di masak oleh tuan rumah.......
ada lemang, tapi tak snap gambar......
Ketupat Palas dan Rendang ayam dari my sis yang kat Mantin
Gulai Keting dari Mak Su
Sup Tulang pun dari Mak Su
Sambal Tumis udang galah pun dari Mak Su
Special Menu iaitu Kuah Steamboat dari Adik yang duduk Kajang
Salam kenal Kak Zana..
BalasPadamSedap juadah pagi Raya, ditambah pula menu special steamboat.. Seronok dan meriah bila dapat berkumpul makan bersama family..
salam kenal jua. Terima kasih kerana sudi singgah diteratak buruk ahkak.
Padam