Khamis, 9 Julai 2020

Pemberhentian Pekerja/Pembuangan Pekerja/Retrenchment




Assalamualaikum,

Agak lama juga tak ada cerita baru kat blog, tak tau sebab apa???? cerita banyak tapi hati tak tergerak untuk menulisnya.......
Hati gundah gelana, tapi now, setakat hari ini Alhamdulillah masih diberi rezeki di company ini lagi..........

Nak simpan kat blog cerita ini, yang menyebabkan jantung ahkak dap dup dap dup..........

Tajuk kat atas tu membawa maksud yang sama...... 19 June 2020 syarikat tempat ahkak kerja telah membuat or mempraktikkan pembuangan pekerja.... 24 hours notice. Received letter on that day it means tu lah hari akhir anda bekerja di situ. dah gaji anda dikira sampai kat situ ajer. Yang kena adalah mereka yang bekerja selama 9 tahun ke bawah. Pampasan hanya 3 bulan untuk yang dah lama kerja, yang baru hanya 1 bulan sahaja........

Sehari sebelum surat keluar kami telah dipanggil meeting dan diberitahu bahawa company akan membuang pekerja mulai esok kata management.... semua yang attend tu terdiam tak berkata-kata.......... semua kaku........ meeting pun tak sampai 5 minit........ 

 
Ini keluar selepas habis waktu pejabat
melepaskan stress setelah diannouncekan tentang pemberhentian pekerja
nampak ajer happy tapi hati didalam gundah gelana, selamat ke aku atau tidak esok hari!!!!!
oh ya pemberhentian pekerja ini hanya yang admin terbabit dulu
lecturer belum lagi....
so Dr Azean yang berbaju hitam ni selamat lagi......

so Jumaat hari yang ditunggu-tunggu samada meneruskan kerja or tidak pun tiba
hari Jumaat 19 June 2020 tu dari pagi hingga lah ke pukul 5pm setiap kali talipon berdering hati dah kecut.....
takut itu panggilan dari HR......
Nak ke toilet pun tak sanggup, 
setia menunggu panggilan dari HR macam menunggu nak ke tali gantung rasanya......
Breakfast, Lunch pun tak pergi....... punya lah risau.......
Akhirnya hingga ke pukul 5pm tiada panggilan dari HR untuk ahkak......
Alhamdulillah........ setakat ini selamat lagi
Akan datang tak pasti memandangkan jumlah pelajar baru adalah mencemaskan........

Jumaat after office hour keluar lepak lagi.......
lepak selepas surat keluar
oh ya sepanjang hari tu, en. suami dan anak-anak duk tanya
mama kena tak????
after 5 pm baru berani cakap kat en.suami dan anak-anak 
kali ini sahabat kami ada yang kena
tapi dia budak baru, belum confirm lagi.......




ini yang terbaru.....
dan sahabat kami yang dapat surat tu pun dah dapat tawaran kerja
dapat kerja di KTT di Salak Tinggi.......
KTT selamat sebab dia collaboration dengan IPTA
semoga anda sukses di tempat baru...........

1 ulasan: