Isnin, 19 April 2021

Pemasangan Braces

 Assalamualaikum,

Bermulalah episod pemasangan braces buat My Putri. Setakat hari ini dah 3 kali appointment with Doktor....

First kena check dulu giginya, kalau ada lubang kena tampal lepas tu cuci dan x ray. Ada satu lagi kena buat tapi ahkak tak tahu nak sebut..... First visit ini jer terbang RM400++

Sebelum ini, masa umurnya 17 tahun dah bawa dia pergi klinik kerajaan dan doktor kat klinik kesihatan tu cakap tak boleh buat sebab umur dah nak masuk 18 tahun...... Kat government hanya sampai umur 17 tahun sahaja....... Pasrah ajer......... so sesiapa ada anak yang gigi berlapis tu kalau nak buat bracer kat government, sebelum 17 tahun lah ya........... kos kat government tak lah semahal swasta.......... Berbalik kepada My Putri ini, ahkak suruh lah dia kumpul dulu duit kerja part timenya and separuh nanti mama tolong.......  Check kat private semua depositnya dalam linkungan RM2000 ke RM2500...........

Second appointmentnya baru jumpa Doktor Pakar. Doktor yang akan memasang braces kat dia nanti..... Doktor pakar ini explain macam-macam. Gigi My Putri ini berlapis and Doktor cakap kena cabut 4 batang gigi dulu sebelum boleh pasang braces...... Ok agreed and kami ambil yang braces harga RM5000 with deposit RM1500 (muka tebal minta kurang deposit) and monthly nanti RM200 selama satu setengah tahun ke dua tahun.

  
3rd appointment pada 17.4.2021 adalah untuk cabut 2 batang gigi atas dan bawah belah kiri. Tapi malangnya gigi atas yang dicabut itu tertinggal akarnya dan doktor yang cabut tu tak boleh nak buat dah.......... So dia suruh datang balik pada 21.04.2021 ini untuk buat pembedahan oleh Doktor Pakar. Doktor pakar hanya ada pada setiap Rabu. Since dah tertinggal akar tu ahkak minta Doktor jangan cabut yang satu lagi kat belah bawah. Ahkak cakap selesaikan yang tertinggal ini dulu........ Another 💸💸💸💸  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan