Selasa, 27 Disember 2022

Rumah Kampung

 Assalamualaikum,

Setiap bulan akan ada orang duk bersih kan persekitaran rumah-rumah ini. Orang tu hanya bersih kan luar rumah ajer manakala dalam rumah kami adik-beradik yang bergotong royong membersihkan, so setiap sebulan or dua bulan sekali kami akan balik membersihkan rumah itu.

Bulan December ini baru mesin balik rumput- rumput itu setelah tanah belakang rumah tu terendam akibat banjir tempohari. Masa orang tu memesin rumput kat belakang rumah arwah nenek dia terserempan dengan 2 ekor buaya tembaga di dalam kawasan tanah arwah nenek, kat lopak-lopak air. Besar juga katanya.

Adik ahkak tanya kenapa tak snap gambar buaya tu, dan orang tu cakap tak sempat sebab dia terperanjat dan buaya itu pun terperanjat. Both cuba menyelamatkan diri. 

Dah mari dah buaya kat dalam kawasan rumah kami. Sebelum ini tak pernah jumpa buaya kat belakang rumah tu. Oh ya belakang rumah kami tu ada Sungai. Sungai tu bertembung dengan Sungai Linggi. Entah-entah buaya tu buaya yang pernah naik ke Jambatan Sungai Linggi masa banjir 2021 dulu.


gambar ini dihantar oleh orang yang memesin rumput
2 buah rumah sekali

Persekitaran rumah arwah nenek.
orang tu jumpa buaya kat belakang tu

Ini tak pasti, tanah arwah nenek or arwah emak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan