Selasa, 18 Februari 2025

Menziarahi Abang Sulung Yang Tak Sihat

Assalamualaikum,

Dah lama perap dalam gallery.......  malas sesangat........ nak clear gallery lah ni baru rajin..... rajin sikit jer........

Ok........

Hari kedua tahun baru cina kami ke Serting..... menziarahi abang yang tak sihat....... dah tak kuat dah, memandu pun anaknya dah tak bagi........... Sebelum ini pun dia ada sakit, tapi boleh lah meneruskan perniagaan buah-buahannya...... sebagai peraih....... dan boleh juga memandu balik ke kampung.... malam-malam pun boleh memandu lagi...... ini semua dah tak boleh......... lemah badannya.......... susut juga nampaknya........
Dia jatuh sakit ini selepas pergi mandi kat perigi ion Rembau... 
Maybeeeeeeeee badannya tak boleh menerima air ion itu........ 
orang lain okay jer kalau baca tertimoni pelanggan terdahulu...........

Batu Kikir jambatan bosi........
ikut Pilah
Alhamdulillah waktu pergi tak jammed pun.....


kami 
Makan pun dia tak lalu, 
dua tiga suap ajer dia makan......

Lama juga kami kat Serting

balik tu kami singgah minum cendol kat Pasar Pilah
ingat nak makan mee rebus, tapi habis pula
tak ada rezeki kami.........
cendol tu pun yang akhir-akhir kami dapat.......
cepat betul habisnya.........

Pilah dengan jammed tak boleh di pisahkan.......
disebabkan nak menikmati cendol Pilah
hadap jerlah jammed tu......



tak tahu lah sebab apa jammed!!!!
mereka-mereka ini menikmati pemandangan itik salai kottttt......
kalau ikut Jelebu, pasti lancar jer perjalanannya......

2 ulasan:

  1. Oh ye ke...betul kot badan abg akak x leh adapt dengan ion tu..PZ alhamdulillah ok..sakit2 biasa dia tu je la...semoga dipermudahkan dan diberi kesembuhan buat abg akak..

    BalasPadam