Rabu, 23 April 2025

Beraya Ke Mantin

 Assalamualaikum,

Syawal ke 4 dah start kerja........ sunyi sepi office.
Syawal ke 5, petang tu kakak yang kat Mantin ada buat makan-makan sikit......
Invite us......
selepas kerja baru ke rumahnya......



Laksa petang tu...
ada keropok lekor, lemang dan rendang

teko pun kau snap
sebab cantiklah kita snap.......






Syawal Ke 3

 Assalamualaikum,

Kita sambung cerita raya 2025 setelah tuan tanah sihat sepenuhnya...... tuan tanah kena demam, batuk dan sakit kepala......

Ok.....

Raya ke 3 rumah kampung dah tutup...... masing masing balik ke tempat mencari rezeki.......

Tapi sebelum balik tu kami singgah beraya di rumah Mak Cik di Pengkalan Durian........ Mak Cik ini sepupu kepada arwah Mak.


tahun ini tiada kuih-kuih tradisional ya.....
sebab makcik tak sihat...

lepas dari rumah Mak Cik kami terus ke Paroi Jaya
ke rumah Pak Cik kami (adik arwah Mak)


cukup kami 5 beradik perempuan + sepupu kami....


kami bersama Mak Su dan Mak Cik  Zizah



dengan anak-anak dara kami.........

Jumaat, 11 April 2025

Syawal ke 2

 Assalamualaikum,

Raya ke 2 kami tak ada kemana-mana........ masak-masak sementara menunggu sepupu sepapat datang......

Selalu raya ke 2 rumah kami FULL, tapi kali ni tak ramai yang balik ke kampung....... Mak Su tak balik sebab tak sihat, maka anak-anaknya pun tak balik ke Linggi lah........

Abang kami yang sulong selalu balik raya ke 2 tapi tahun ini, raya pertama dah sampai anak-beranak...... 

Pak cik kami anak beranak...
itu pun anak bongsu nya satu family tak ada
beraya belah husbandnya pula...........

Menantu-menantu pak cik dan cucunya

Lengang kan rumah........
selalu riuh......... kali ini sepi jer.........

sekeping lagi.....

selain nasi lemak
kami jamu kan juga satay.........

Malam tu kami bakar satay dan kambing pak mat western
untuk sedara yang datang dan juga hali keluarga yang tak merasa pada belah siang.......




anak-anak bujang yang membakar pada sebelah malamnya........


ada sosej juga.......

Selasa, 8 April 2025

Hari Raya Pertama - Kembali Ke Linggi Semula

 Assalamualaikum,

Ini lah kalau kahwin dekat-dekatkan. Kejap Linggi, kejap Kuala Sawah.... tak ada nak gaduh-gaduh ikut turn....😁

Masih cerita pada hari raya pertama lagi ya...
Selesai majlis, after kemas-kemas sikit (catering kan) so tak lah teruk sangat nak berkemas, kami yakni ahkak dan anak-anak, gerak dah balik ke Linggi. En. Suami tinggal lagi kat rumah mak nya, untuk berkemas....

Sampai di Linggi, tengok abang yang sulong dan anak-anaknya dah ada..... selalu dia samapi raya kedua, kali ini raya pertama dah sampai...... sebab anak-anak nya nak beraya belah mertua pula......

Kakak yang kat Mantin pun dah sampai juga......

kami berlima dari 8 beradik.....
Adik lelaki ahkak Ami tiada dalam gambar, sedang sembahyang...... isterinya yang sempat bergambar

Legacy Haji Ali..........
tak cukup quorum
ini hanya yang ada anak-anak abang yang sulong, serta menantu dan cucu-cucunya
anak my Sis Yati 2 daripada 4 yang ada
anak saya.......... hermmmmmmm tak nak bergambar
anak adik ahkak Ami pun tak joint bergambar........
anak kak ngah pun tak joint
susah nak mengumpul kan semua untuk bergambar ini........

kita bergambar siapa yang ada sahaja..........

kami 4 beradik perempuan dari 5 orang
tema maroon
sebab after raya haji nanti, ada kenduri kahwin anak Kak Ngah........
Temanya Maroon...... 
pertengahan bulan 5 ni Majlis di Kelantan
temanya Lilac.......
baju warna lilac belum ada lagi.....
tapi tudung warna lilac dah beliiiiii......
Majlis lagi 2 minggu niiiiiiii............

Ahad, 6 April 2025

Hari Raya Pertama - Tengahari Di Kuala Sawah

 Assalamualaikum,

Selesai bergambar adik-beradik, lebih kurang dalam 10.30 pagi dah gerak balik ke Kuala Sawah.... belah en. suami pula.... balik dengan Najwa... en. Suami dan Adli  dah gerak dulu, lepas sembahyang raya mereka terus balik Kuala Sawah.... Ada perhimpunan keluarga di sana....
Malam raya en. Suami dah tolong-tolong apa yang patut...
Katering jer...

Majlis silaturrahim 
Dan sepatutnya untuk menyambut kepulangan Pak Su en. Suami yang dah 60 tahun tak balik Malaysia...
Tiba-tiba seminggu sebelum raya muncul kan dirinya
Setelah berpuluh tahun merajuk...
Dah jadi warganegara British 
Cakap melayu pun dah tak pandai
Jalan nak kerumah kampungnya pun tak ingat lagi
Nasib dia minta bantuan dari polis Kuala Sawah, dapat lah jumpa kakaknya...


Majlis dimulaikan dengan tahlil

Excited anak-anak buahnya menunggu





Ramai ahli keluarga yang datang
Ya lah anak-anak buah, cucu dan cicit nak jumpa Pak Su/Tok Su mereka

Mereka-mereka yang menunggu ketibaannya....
Hampa semuanya
Sampai kesudah tak muncul kan diri
Dengar cerita pak sunya dah check out dari Royal Chulan Seremban
Tak tahu kemana....
Tapi raya ke 2 sebelum berlepas balik ke UK ada contact anak buahnya, Kak Nurul
Bagitahu jika sesiapa nak jumpa dia boleh ke airport...

Saya yang dah kepenatan


Seperti biasa, Najwa tak mahu bergambar....

Najwa dengan anak Asyraf
Candid photo....