Assalamualaikum,
24.4.25 kami gerak ke Kelantan. Plan asal nak gerak sebelum Suboh... sepatutnya yang gerak sebelum Suboh adalah ahkak dan adik ahkak Ita... dan janji nak jumpa kat Genting Sempah masa solat Suboh.... tapi takut tak sempat sampai Genting Sempah, so ahkak decide gerak selepas Suboh.... Kak Ngah jalan malam ke Kelantan manakala 2 adik yang lain gerak pukul 11 pagi Khamis tu....
Kami ikut Central Spine Road
Keluar kat UiTm Raub
Alhamdulillah tak banyak kenderaan
Kat Karak pun tak banyak kenderaan pagi tu
Cuma jammed kat Sungai Besi dan MRR2 hingga ke Gombak
Dah sampai Gua Musang
Berhenti sekejap kat Gua Musang
Since sampai awal, kami teruskan perjalanan ke Bandar Kota Bharu
Misi mencari lokcing kat Pasar Siti Khadijah
Tutup lah pulak...
Nasib baik Machang ke Kota Bharu tak jauh so Jumaat kita akan cuba nasib untuk dapatkan lokcing
Singgah makan kat belakang pasar Siti Khadijah
Nasi Ayam
Nasi goreng USA dan
Mee hoon celup
Popia goreng dan air
Total semuanya RM28
Selesai makan, kita gerak ke homestay di Machang
Kak Ngah ambil 3 homestay untuk 8 keluarga
Ada yang naik flight juga ya...
Ahkak ke Kelantan, 3 beranak jer
En. Suami ada kenduri belahnya di Melaka
Driver ke Kelantan, Adli dan Najwa...
Kali ini Mama jadi co-pilot......
seronoknya jenjalan bertiga...enjoy your holiday kak
BalasPadamGambar di atas berarti mihun celup yaa? Menariiik laaah, apalagi pakai babat 😍😍😍🤤. Lokcing ini jadi pengen tahu pula rasanya ❤️. Teringin juga saya ke Kelantan.
BalasPadam