Jumaat, 17 April 2026

Ahad Gantung Periuk

 Assalamualaikum,

Sabtu, seharian kat rumah Kak Ngah....
Malam ada jamuan raya Surau taman kami.... kira gantung periuk juga lah kan...
Ahad ada jamuan raya juga.... tengahari, en. Suami punya sedara buat makan-makan kat Angsamas, Rantau....
Sayur campur
Ayam masak merah
Kari daging
Nasi putih

Nasi impit 
Kuah kacang
Rendang

Spaghetti 
Ada 3 jenis
Tak rasa, sebab dah kenyang makan nasi
Nasi impit dan juga Kuih-kuih 

Kerabu Mangga
Sedap kerabunya...
Ada Satay, tak ambil sebab dah full...
Kat sini tak boleh lama-lama, sebab Adli ada jemputan open house juga kat Nilai..

Petang 
Jiran setaman jemput ke rumah terbukanya

Nasi Hujan Panas

Kuih muih
Alhamdulillah atas rezeki yang diberi

Sabtu ini, 18.4.26 ada dua jemputan juga
Dua-dua di KL
Masuk KL ini cukup malas
Malas nak hadap jammed....
satu jemputan kenduri kahwin, waghih juga
Majlis di jalan Puchong KL

Satu lagi di Taman Ukay Bistari, Ampang
Waghih juga
Dua-duanya sedara rapat...

Masih berbelah bagi, nak pergi ke tidak esok...
Or kita wakilkan adik-adik yang duduk KL jer pergi....
Aci tak.....

4 ulasan:

  1. Seronok kan dapat gantung kuali. Hehe alhamdulilah rezeki tak pernah habis daripadaNya

    BalasPadam
  2. Meriah walaupun dah penghujung Syawal. Macam2 menu ada memang best bila tak perlu masak kat rumah.

    BalasPadam
  3. Aci aci buka pintu lah jawabnya. ha ha ha

    BalasPadam
  4. Ramaaai yg membuat acara open house lagi ya kak. Memang meriah lah raya di sana 😄👍👍. Sangat berbeda dengan sini. Raya tuh hanya hari ke 1-3 saja. Setelahnya selesai. Balik macam biasa

    BalasPadam