Selasa, 4 Disember 2012

Langkawi: Day 4

Assalammualaikum,

Check out dalam pukul 12. Terus ke Jeti Kuah and dapat feri pukul 2 petang. Ada pula yang tertinggal beg kat dalam feri and nasib baik jumpa. Before check out tu ada juga ahli rombongan yang pergi shopping lagi.... shopping kat area Pantai Chenang pulak..... We all makan tengahari kat Jeti Kuah ajer, tu pun take turn........

Dari Jeti Kuala Perlis terus check in kat Homestay kat Kg. Assam (kalau tak silap akulah) di Kangar. Bermalam di situ satu malam. Belah malamnya pergi dinner kat Kg. BIL aku kat Kangar.
 
 dalam feri.....
 Homestay yang kami duduk di Kangar, berhadapan dengan Sungai.......
 ke kampung BIL......... First time aku ke sini..... seram tengok bukit kat belakang tu......
 lauk pauk yang dihidangkan untuk kami..... memang terbaik......
 
dah kenyang, lepak pulak kat depan rumah kakak BIL......

Isnin, 3 Disember 2012

Langkawi: Day 3

Assalammualaikum
bas yang kami sewa......
Sambung balik cerita ceriti Cuti-Cuti Malaysia ke Langkawi kami.
Pukul 8 pagi dah keluar untuk tour Pulau Langkawi. Pada hari kedua di Langkawi ini baru dapat bas yang kami sewa tu..... Bas mini ajer, siap dengan pemandu pelancong lagi.
 
First kami singgah kat perusahaan gamat Sireh Lagenda kat Ulu Melaka. Beli hanya yang dipesan oleh jiran-jiran ajer.
 kat belakang anak dara aku tu, yang kat dalam kawah tulah minyak gamat yang sedang diproses.........

Dari perusahaan gamat, rombongan kami terus ke perusahaan batik pula (tak ada gambar, leka membelek batik-batik sehingga terlupa nak snap gambar kat situ).
Dari perusahaan batik terus ke Kilim Geoforest Park dengan menaiki 2 buah boat. Kecut perut omak, melambung-lambung, siap melipat lagi budak tu bawak boat untuk korner. My sis Yati Ali (Blogger) siap tanya kat pemandu boat tu, kalau tak melipat tak boleh ker dik??? Sepanjang menaiki boat tu banyak tempat yang kami singgah antaranya sangkar ikan, gua kelawar, melihat burung helang dan lain-lain lagi (tak ingat). oh ya!!! boat kami kehabisan minyak ditengah-tengah laut tu...... cemas sekejap omak, nasib baiklah dia ada spare 1 tong minyak. kalau tidak aku suruh dia mendayung hingga ke pantai........
 
 
 ini boat yang dinaiki oleh sebahagian lagi ahli rombongan cik kiah.....

 ini berhenti untuk menengok helang.... tak snap pulak helangnya.....
 
 batu yang merupai muka red indian yang diberitahu oleh pemandu boat kami.....
 
 Pulau di Thailand nun di depan tu..... kalau tak silap aku Satun namanya...... correct me if i'm wrong.......
 pulau berbentuk kasut according pemandu boat tu.......
 ikan pari yang bernama Fatimah........... sekor ajer lagi yang tinggal.......
 kat sangkar ikar......
 menuju ke gua kelawar.......
 
 masih kat gua kelawar lagi.....

Dari Kilim Geoforest Park kami terus ke Makam Mahsuri.......
 menaiki teratak Sri Tama
 kat perigi Mahsuri........ ada ahli rombongan yang duk membasuh muka kat situ......

Lepas makam Mahsuri terus ke Cabel Car tapi tak dapat naik sebab ramainya orang dan beratur pun terlalu panjang. Kalau nak naik juga, kena tunggu lebih kurang 2 - 3 jam..... Buang masa ajer nanti untuk menunggu menaiki kereta kabel tu..... 

Lepas tu bas kami singgah di Kolam Air Panas tapi sorang pun tak turun, dah tak larat dah nak jalan-jalan. And then bas kami terus ke Idaman Suri pula. Masa untuk ber shopping lagi.

Dari Idaman Suri terus ke Ismail Group pula. Sambung shopping kat HIG pula. Kat HIG aku dah tak turun, tak larat dah........

Hasil dari Kampung

Assalammualaikum,

Inilah hasil yang kami dapat semasa balik ke Kampung en. suami semalam.... Rambutan dan Durian. Manggis tak ada pulak, habis dikerjakan dik tupai.
 ini yang kami bawa balik ke Nilai untuk separuh disedekahkan  kat Surau Al Ikhlas Cempaka 2......
 Durian yang belum dibelah......
durian yang tak habis dimakan di tapau untuk dibawa balik ke Nilai...... 

Haiiiiiii macamanalah demam aku nak elok...... semalam dibantai makan durian dan rambutan...... demam balik aku.......

MAHA 2012

Assalammualaikum,

Akhirnya ter pergi juga ke MAHA 2012. Pada asalnya memang malas nak kesini coz 2 tahun yang sebelumnya dah pergi dan aku merasakan amat penat sekali berjalan-jalan di MAHA tu....

Aku ke MAHA 2012 pada hari Sabtu lepas. Tu pun gerak dari rumah dalam pukul 5 petang. Tak lama kami kat situ coz anak bujang aku dah sibuk merengek ajak balik untuk menyaksikan piala AFF Suzuki di antara Malaysia dan Indonesia. Kami hanya sempat ke Laman Pertanian dan Laman Ternakan ajer....
 masa kami sampai hujan renyai-renyai, maka berpayunglah kami kat situ...
 menaiki tram untuk ke Laman ternakan.....
 Laman Padi. Tak nampak dah malam.......
 di Laman Ternakan......
 ke Laman Nanas...... belajar untuk menjadi pengusaha nanas...... hahahaha.....
 
 and then ke Industri Sarang Burung Walit.... Nak jadi pengusaha sarang burung walit ker????
 naik tram balik ke parking lot........ dah tak menyempat nak menyaksikan perlawanan bola.... geram aku...... terkocoh-kocoh dibuatnya...... nasib baik Malaysia menang.......
 sempat bergambar lagi.......
gelap pulak gambar kau abang.......

Rabu, 28 November 2012

Makan, makan and makan

 Assalamualaikum,

Kita stop dulu cerita ceriti tentang cuti-cuti Malaysia ke Langkawi yaaa..... Tuan tanah tengah deman since dari semalam..... disebabkan tuan tanah kena demam so maka dapur tuan tanah tak berasaplah semalam..... maka en. suami bawalah anak-anak dan akulah sekali makan-makan kat luar..... tekak aku nak tomyam, manakala tekak anak-anak nak kan Lasagna so en. suami pun ikutlah kehendak anak-anaknya..... ke Pizza Hutlah kami malam semalam.
 
 Dah lama aku tak ke Pizza Hut Nilai ni, cantik dah dalamnya...... baru renovation agaknya......
 Tuan tanah yang tengah demam.... tengah kesejukkan tu........
 malam semalam soupnya Chicken Cream Soup.....
penoh mulut anak dara aku.......


Inilah Seafood Lasagna yang anak dara aku nak tu....... en. suami cakap, sedap lagi Lasagna kat LSG..... anak dara aku cakap kat ayahnya, yang kat LSG tu untuk first class flight punyalah ayah, dah tentunya sedapppp........
tengah sedap menikmati Lasagna dia orang....... licin sehingga menjilat sudu.......