Isnin, 3 Disember 2012

Langkawi: Day 3

Assalammualaikum
bas yang kami sewa......
Sambung balik cerita ceriti Cuti-Cuti Malaysia ke Langkawi kami.
Pukul 8 pagi dah keluar untuk tour Pulau Langkawi. Pada hari kedua di Langkawi ini baru dapat bas yang kami sewa tu..... Bas mini ajer, siap dengan pemandu pelancong lagi.
 
First kami singgah kat perusahaan gamat Sireh Lagenda kat Ulu Melaka. Beli hanya yang dipesan oleh jiran-jiran ajer.
 kat belakang anak dara aku tu, yang kat dalam kawah tulah minyak gamat yang sedang diproses.........

Dari perusahaan gamat, rombongan kami terus ke perusahaan batik pula (tak ada gambar, leka membelek batik-batik sehingga terlupa nak snap gambar kat situ).
Dari perusahaan batik terus ke Kilim Geoforest Park dengan menaiki 2 buah boat. Kecut perut omak, melambung-lambung, siap melipat lagi budak tu bawak boat untuk korner. My sis Yati Ali (Blogger) siap tanya kat pemandu boat tu, kalau tak melipat tak boleh ker dik??? Sepanjang menaiki boat tu banyak tempat yang kami singgah antaranya sangkar ikan, gua kelawar, melihat burung helang dan lain-lain lagi (tak ingat). oh ya!!! boat kami kehabisan minyak ditengah-tengah laut tu...... cemas sekejap omak, nasib baiklah dia ada spare 1 tong minyak. kalau tidak aku suruh dia mendayung hingga ke pantai........
 
 
 ini boat yang dinaiki oleh sebahagian lagi ahli rombongan cik kiah.....

 ini berhenti untuk menengok helang.... tak snap pulak helangnya.....
 
 batu yang merupai muka red indian yang diberitahu oleh pemandu boat kami.....
 
 Pulau di Thailand nun di depan tu..... kalau tak silap aku Satun namanya...... correct me if i'm wrong.......
 pulau berbentuk kasut according pemandu boat tu.......
 ikan pari yang bernama Fatimah........... sekor ajer lagi yang tinggal.......
 kat sangkar ikar......
 menuju ke gua kelawar.......
 
 masih kat gua kelawar lagi.....

Dari Kilim Geoforest Park kami terus ke Makam Mahsuri.......
 menaiki teratak Sri Tama
 kat perigi Mahsuri........ ada ahli rombongan yang duk membasuh muka kat situ......

Lepas makam Mahsuri terus ke Cabel Car tapi tak dapat naik sebab ramainya orang dan beratur pun terlalu panjang. Kalau nak naik juga, kena tunggu lebih kurang 2 - 3 jam..... Buang masa ajer nanti untuk menunggu menaiki kereta kabel tu..... 

Lepas tu bas kami singgah di Kolam Air Panas tapi sorang pun tak turun, dah tak larat dah nak jalan-jalan. And then bas kami terus ke Idaman Suri pula. Masa untuk ber shopping lagi.

Dari Idaman Suri terus ke Ismail Group pula. Sambung shopping kat HIG pula. Kat HIG aku dah tak turun, tak larat dah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan