Rabu, 30 Jun 2010

Linggi

Pagi ni semasa dlm perjalanan ke sekolah, Adli telah menyuruh aku search mengenai sejarah Linggi.



Adli: Mama, nanti tolong carikan kat internet mengenai sejarah Linggi.



Mama: Mama sibuklah. Mama nak berblog, tak ada masa nak search sejarah Linggi

(sebenarnya aku pun tak tau mana nak dapatkan fakta2 tu).




Sebelum turun dari kereta, sekali lagi dia mengingatkan aku. Dia cakap, ni untuk subjek Kajian Tempatannya. So, terpaksalah aku searchkan juga dan hasilnya aku tepekkan kat sini untuk rujukan Najwa dan anak2 buahku yang lain.


Linggi

Linggi merupakan sebahagian wilayah yang berada di dalam Negeri Sembilan dan terletak di dalam daerah Port Dickson. Tempat yang berhampiran termasuklah Pasir Panjang, Pengkalan Kempas, Tanjung Agas dan Telok Kemang.




Tempat ini mendapat namanya daripada sebatang sungai yang menjadi sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Sungai Linggi ini menjadi laluan masuk kapal-kapal dagang pada zaman silam. Raja Melewar yang datang dari Pagar Ruyung untuk dirajakan di Negeri Sembilan juga mudik ke hulu melalui Sungai Linggi. Sungai Linggi bercabang dua; satu cabang mengalir dalam daerah Rembau manakala satu lagi cabang berhulu di daerah Seremban. Hulu cabang inilah yang dinamakan Sungai Ujung iaitu nama lama bagi Seremban.




Kewujudan Linggi bermula sejak dari abad ke 15 di mana ianya bermula sebagai sebuah wilayah yang tiada mempunyai kuasa sehingga memainkan peranan di dalam sejarah Negeri Sembilan terutamanya dari segi ekonomi. Kawasan Linggi mula dibuka oleh seorang yang bernama Tok Lebai Dolman. Begitu juga dengan Raja Ali Haji yang ada menyebut nama Linggi dalam tulisannya.




Sungai Linggi pula merupakan laluan penting yang menggerakkan ekonomi Negeri Sembilan pada abad ke 19. Kerana itu banyak penempatan baru dibangunkan di sepanjang Sungai Linggi. Sungai Linggi juga digunakan oleh kapal dagang untuk membawa bijih timah dan hasil dagangan yang lainnya. Kerana itu tidak hairanlah kenapa Sungai Linggi selalu jadi rebutan malah berlaku perang Sungai Linggi.




Jika dilihat dari segi keluasan, Linggi hanya seluas lebih kurang 176.6 km persegi atau 17.7 hektar di mana ia bersempadan dengan Luak Rembau disebelah Timur dan Luak Sungai Ujong di sebelah Utara. Sungguhpun Linggi boleh dianggap sebagai suatu entiti yang kecil, namunnya ia memainkan peranan yang penting di dalam sejarah perkembangan dan pembentukan Negeri Sembilan moden.




Jika dibandingkan dengan wilayah-wilayah yang terdapat di Negeri Sembilan, Linggi boleh dikatakan unik. Ini adalah kerana Linggi merupakan satu-satunya wilayah yang tidak mengamalkan Adat Perpatih di mana penduduk Linggi adalah berketurunan Bugis. Sistem kemasyarakatan Linggi tidak mengamalkan sistem keturunan berdasarkan nasab ibu sebagaimana Adat Perpatih tetapi sistem yang menekankan kepada nasab bapa. Sistem ini dikenali sebagai muafakat bil kitab wassunati qabulatan minat ustaz ilamanati atau Adat Linggi atau Adat Muafakat dan Kebulatan.

Masjid Linggi

Fakta2 ni aku skodeng dari blog waris Linggi dan juga dari buku Sejarah Linggi tulisan Nurhalim Ibrahim. Akan kucari buku ni nanti untuk buat generasi akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan