Jumaat, 23 Julai 2010

Najwa


Najwa mengikuti class taekwondo ni since February lalu, bermula dengan tali pinggang putih. After grading test in March (kalau tak silap akaklah, lupa tarikh yang sebenarnya) dia telah berjaya mendapatkan tali pinggang kuning 1. Pada 31 Julai ni, another grading test yang perlu didudukinya. Kali ni untuk tali pinggang Kuning 2. Mama harap Najwa berjaya mendapatkan tali pinggang kuning 2 ni dan boleh wakili sekolah ke pertandingan taekwondo nanti. Najwa sibuk sangat untuk wakili sekolah sebab ada di antara kawan2nya yang terpilih.



Since Najwa mengikuti class taekwondo ni, kalau dia bergaduh dengan abangnya, habis teruk abangnya dibelasah. Kesian abang..... Abang bila dah kena belasah dek Najwa, tak boleh balas balik sebab mama cakap kat abang, adik tu kecik lagi.... maka berjurailah air mata abang dengan dendam yang amat kat Najwa. Abang ni tak minat nak joint taekwondo class, dia lebih minat kat Silat, tapi kat sekolahnya tak ada aktiviti silat. Kat taman perumahan akak ada aktiviti silat ni, tapi akak tak bagi joint sebab kebanyakkan yang joint adalah budak2 sekolah menengah.....





Tiada ulasan:

Catat Ulasan