Ni N3 yang tertunggak juga, tapi taklah berbulan-bulan, rasa-rasanya, 2 minggu lebih aja, sebab tak ada kesempatan nak update dan berblogwalking, busy bangat.......
Tak taulah nak cakap kenapa anak daraku yang sorang ni suka sangat gi berendam kat Ulu Bendul. Pantang menghala ke Seremban aja mesti nak gi Ulu Bendul, tak ada tempat lain ke nak pergi Najwa? Asyik-asyik Ulu Bendul. Boringlah Mama....... Ni pun aku yang kena drive coz ayahnya sibuk memesin rumput kat rumah MIL aku di Kuala Sawah, disebabkan Najwa dah merengek maka aku beranikanlah diri untuk memandu naik Bukit Putus, nasib baiklah jalan Bukit Putus tu dah besar, kalau jalan lama, sorrylah Najwa, mama tak akan drive ke sana.... Since akak dapat lesen memandu, rasa-rasanya dah 20 tahun lebih ada lesen memandu, nilah baru akak memandu sendiri melalui jalan Bukit Putus tu......
Kali ni Najwa bawa sepupunya sekali iaitu anak SIL akak yang duduk kat PD, bukan main happy lagi dia orang..... Masa nak pergi tu dia orang berjanji dengan akak, pukul 5.00 petang kita semua bergerak balik, tapi bila sampai masanya, dia orang cakap kejaplah lagi, at last pukul 6.00 petang baru bergerak turun dari Bukit Putus......
Najwa yang bertambah tembam sekarang ni. Baru Tahun 3, dah semakin berisi, risau akak dibuatnya... Asyik makan aja....
Putraku yang sorang.... ada rupa Zaquan (pemain bola sepak NS) tak?
Budak baju merah tu cuba menghimpit anak teruna ku, kemana Adli pergi mesti diekorinya......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan