Pada mulanya aku plan nak pergi bercuti ke Lumut (ini planning aku ngan en hubby, anak-anak tak tau pun..... kalau inform dia orang mesti kena perginya coz dia orang suka lepak kat Blue Bay, Lumut). Tapi plan ni tak jadi, sebab we all takut tersangkut dalam jammed nanti, almaklumlah cuti panjang, ramai rakyat Malaysia yang merantau balik ke kampung halaman atau pun pergi bercuti.
Oleh kerana tak jadi nak ke Lumut, so akak bawalah anak-anak bertuah ni gi jalan-jalan kat Bangi dan Alamanda aja. Gi Bangi tu pun ada sebab coz Adli sibuk nak beli soccer boot. Sebelum gi Al Ikhsan Bangi, we all gi isi perut dulu kat Yati percik..... dah lama akak idamkan nak makan kat Yati Percik.....akhirnya baru dapat, itu pun kat Yati Percik Bangi aja...huhuhu
Dah puas ronda Bangi, kita orang menuju pula ke Alamanda....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan