Isnin, 21 Februari 2011

Intekma Resort Shah Alam

Aku ingatkan lepas berendam kat Wet World terus aja balik..... rupa-rupanya Mr. hubby dah ada plannya sendiri without informed us. Bila aku tengok dia masuk jalan ke UITM aku dah agak sure nak gi Intekma ni...... tapi aku diamkan aja, cuma Adli yang bersuara dan berkata pada ayahnya.... ni macam jalan nak ke Intekma je ayah? Ayahnya diam aja dan terus membelok ke Intekma..... Apalagi, maka anak-anak bertuahku pun senyum lebarlah dan cakap pada ayahnya, ayah baiklahhhhh........ So malam tu kita orang bermalam di Intekma Resort dan anak-anak bertuahku dah tak sabar-sabar nak berendam lagi..........





Pada sebelah malamnya, kita orang gi dinner kat rumah Mak Long yang mana sebelah siangnya ada kenduri kahwin kat rumahnya. Malam tu makan lagi nasi minyak...........




Pada keesokkan harinya apa lagi, anak-anak bertuahku terjun ke pool hinggalah ke pukul 11.45, sampai kena blocklah card (kunci bilik)....... tak boleh buka pintu (nasib baik ada cleaner tengah buat cleaning, so pakai dia orang punya cardlah untuk masuk ke bilik). Maka membebellah aku kat cleaner tu, siap cakap belum pukul 12.00 lagi dah kena block ker?














Tiada ulasan:

Catat Ulasan