Isnin, 13 Jun 2011

Cuti-Cuti Malaysia - Teluk Intan and Lumut

Cuti sekolah kali ini, bawa anak-anak bertuah ku bercuti ke Teluk Intan dan Lumut. Tak planning langsung. Tiba-tiba aja Mr. Hubby ajak pergi visit abang sepupunya kat Teluk Intan. Alang-alang dah sampai Teluk Intan, so we all direct pula ke Lumut. Kami tidur semalam aja di rumah abang sepupu di Teluk Intan. Kami bertolak ke Lumut dalam pukul 3.00 petang hari Sabtu. Sebelah paginya kami ronda-ronda dulu kat Bandar Teluk Intan. Gi shopping lagi kat Arked Man. Sementara Maknya gi shopping, anak-anak pula pergi visit Menara Condong.....




Kami sampai Lumut dalam pukul 4.00 petang. Terus gi cari hotel dulu.... Biasalah aku, kalau pergi cuti-cuti ni jarang nak booked awal-awal hotel, suka terjah aja..... Nasib baik dapat. After check in, lepas solat Asar, we all gi ke Marina Water Park dekat dengan Teluk Batik.... Parking Full...... Terpaksa parking jauh.....





Berendam sakanlah anak-anak bertuahku. We all keluar dari Water Park tu dalam pukul 7.30 malam. From Marina Water Park tu nak keluar hingga ke simpang depan TLDM flat tu punyalah jammed, berderet-deret kereta nak keluar dari Teluk Batik. Drop by kat Masjid tepi jalan, sebelum dinner kat Azmi Seafood, Teluk Muroh. Service yang terlalu teruk kat Azmi Seafood ni..... 2 jam baru dapat makanan yang diorder....... Bila makanan sampai, tak ada mood nak snap gambar......Membebel lah aku kat budak pelayan tu..... Siap tanya berapa orang tukang masak kat sini? Ambil masa sampai 2 jam lebih baru nak hantar makanan.... Hantar makanan yang dah sejuk pula tu...... Geram betul aku...... Next time tak akan ku jejak lagi Azmi Seafood ni walaupun makanannya boleh tahanlah........


After dinner we all pergi jalan-jalan kat Bandar Lumut pula. Lepak kat Lumut Waterfront. Mencari parking punyalah susah, kena tawaf pekan Lumut tu tiga empat kali, baru dapat. Punyalah ramai manusia duduk lepak kat Lumut Waterfront tu.. (sampai terlupa nak snap gambar, kerana leka tengok gelagat manusia)....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan