Yang sedihnya pula ialah nanti kena keluar duit untuk merepairnya.......
Hari Sabtu lepas, heroku dah ajak aku ke Bangi, untuk repair dia punya PSP, aku cakap kat heroku, kalau nak repair PSP guna duit abang tau......siap korek duit tabungnya...... kesianlah pula aku tengokkannya..... oleh kerana Mr. Hubby tak ada kat rumah dari hari Jumaat hingga Ahad, so aku gagahkanlah juga untuk memandu ke Bangi tu, ikutkan kehendaknya........ Aku pergi kat Bangi Utama. Kat situ banyak kedai yang menjual peralatan game ni...... Mula-mula aku ingatkan baterinya yang rosak, rupanya bukan pasal bateri..... sebab sebelum ni ada juga PSPnya buat hal tapi nasib baiklah bateri aja...... Bateri pun kosnya dalam RM50.00..... tapi kat Bangi ni harga bateri PSP RM 80.00...... mahal..... yang dulu aku beli kat area KL...... Menurut budak kedai tu, yang rosak ni motherboardnya..... mungkin kena virus...... sebab dia dah tukar pakai baterinya still tak boleh on...... tu yang dia kata motherboardnya rosak....... hai abang, kena sabarlah dulu yaaaa..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan