Salam takziah buat sahabat sekerja (lain department dan lain blok) aku Hayati di atas kembalinya suami tercintanya kerahmatullah pada petang semalam........ aku dapat called from one of my colleague dalam pukul 4.30 petang semalam mengenai kemangkatan suami Yati....... suaminya nazak dalam tengahari semalam...... ada juga officemate aku yang pergi waktu tengahari tu (kebanyakkannya staff lelaki) untuk bacakan surah yassin........
After office semalam, aku dan rakan-rakan sekerja yang lain terus ajer kerumahnya untuk menziarahi.... arwah didapati dan disahkan menghidap kanser hati pada 1 Disember yang lepas dan dirawat di HUKM selama 2 minggu..... semasa di HUKM doktor hanya beri beliau painkiller sajer..... sebab doktor dah cakap pada sahabat aku ni yang husbandnya tak ada harapan lagi..... sebelum ni arwah memang sihat orangnya dan tiada sebarang tanda-tanda penyakit kanser pun...... dia hanya demam dan senak perut ajer........ after buat CTScan and doktor detect ada kanser kat hatinya dan kanser ni dah stage 4 dan dah merebak ke pancreas.......... sebelum jatuh sakit, arwah selalu menjemput wifenya di waktu petang........
Lepas Maghrib, sekali lagi aku and mr. hubby pergi ziarah sahabat aku ni, tapi kali ni kami terus ke masjid putra, sebab jenazah dah dibawa ke masjid untuk dimandi dan disembahyangkan.... kami di masjid putra sehingga pukul 11 malam...... ramai juga rakan-rakan sekerja yang berada di masjid untuk menziarahi...... masa aku balik dalam pukul 11 malam, jenazah masih di masjid sebab nak menunggu ibu arwah sampai dari Terengganu........
AlFatihah buat arwah....... dan buat Yati semuga tabah menghadapi dugaan ini dengan 3 orang anak-anak yang masih kecil lagi...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan