Selasa, 10 Julai 2012

Hadiah dari PIBG SRAI Salak Tinggi

Ini bukan nak menunjuk-nunjuk or bermegah diri ya!!! Ini sekadar untuk bacaan anak-anak aku disuatu hari nanti......biar dia orang tahu betapa mamanya mengharapkan dia orang menjadi orang yang berguna nanti......
Semalam anak bujang aku, balik ajer dari sekolah terus talipon aku dan menyatakan yang dia dapat hadiah dari pihak PIBG di atas peningkatan markah matapelajaran matematiknya........ tahniah mama ucapkan........ teruskan usaha Abang lagi........ Sebelum tu pada hari Sabtu, masa kelas tambahan dia dapat hadiah duit dari PIBG  di atas peningkatan markah subject aliran agamanya....... Tahniah sekali lagi mama ucapkan...... semuga Abang terus kekalkan atau menambah baikkan  markah-markah itu sehingga ke peperiksaan yang sebenarnya.... Menurut cikgunya pemberian hadiah ini adalah sebagai dorongan atau galakan supaya dia orang berlumba-lumba untuk meningkatkan keputusan peperiksaan dia orang.......

3 ulasan:

  1. anak zana sekolah integrasi ke?
    anak saya yg sulung sekolah situ dr darjah 1-4 tahun lepas.tapi tahun ni dah pindah sekolah kat kg ;)

    BalasPadam