Khamis, 21 Januari 2016

JJCM ke Muar

Assalamualaikum,

Disember lepas (end of December) aku gi JJCM kat Muar. Dah lama teringin nak makan mee rebus Muar yang kat tepi sungai betul-betul tapi apakan daya tak jumpa. Yang jumpa yang kat dengan Istana, dekat dengan Dataran, jauh dari sungai........ dah otw nak balik tu baru jumpa gerai makan yang betul-betul kat tepi sungai Muar. Ia nya terletak kat taxi stand....... Jalan kat Muar kan one way so hang kena round satu bandar Muar tu barulah jumpa taxi stand ni.........

Misinya memang nak mencari mee rebus sahaja tapi adik aku kirim pula kopi 434, so kita orang isi dulu perut yang dah berkeroncong tu dengan roti bakar dan kopi 434 kat cafenya........ memang sedap lah kopinya...... My gegirl pula beli sport shoes, beg sekolah dan seluar kat Muar. Harganya berpatutan lah...

Tapi sayang gambar-gambar makanan yang di snap tah kemana menghilangnya...... huhuhu.......

Yang hado hanya gambar lepak-lepak kat Datarannya............

di tepian sungai Muar
masa ni my hero di Utara tanah air
so pergi bertiga ajer.......

2 ulasan: