Selasa, 26 April 2016

D'kok Eco Camp

Assalamualaikum,

Ini aktiviti si bujang pada hari Sabtu dan Ahad lepas. 

Program ini adalah anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bersama Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan. di mana Persatuan Belia Dinamik Barat Negeri Sembilan telah menghantar seramai 42 peserta ke kem ini. D'Kok Eco Camp ni terletak kat Kampung Talang Kuala Pilah....

My hero berada di camp tu selama 3 hari 2 malam. Berbagai aktiviti yang dijalankan, sampai tengah malam lah katanya........ dan group nya sesat lah kat dalam hutan Talang tu........kena tunggu kat dalam hutan tu selama 1 jam, tunggu hingga orang datang selamatkan......... Ahkak cakap kat dia, "nasib baik tak terserempak dengan rimau kat hutan pilah tu"! Babi hutan adalah terserempak katanya. Nasib baik tak disondol dek babi hutan tu..........

Gambar-gambar kat bawah ni adalah pada hari terakhir kat camp tu, paste dari FB D'kok sahaja sebab my hero cakap sesampai ajer kat sana kesemua phone diambil, so dia orang tak dapatlah nak bergambar sakan........  Patutlah ahkak duk call dari hari Jumaat malam sampai ke Ahad tak dapat-dapat, rupa-rupanya handphone kena simpan.......... ingat kan tak ada line kat Talang tu....... tak pasal-pasal duk mengutuk Kg. Talang........ Sorry orang kampung Talang..............

so layan ajerlah gambar my hero kat sana..........








4 ulasan:

  1. sian Kpg Talang..entah2 line 4 bar kat sana..hihi..

    sesat dlm hutan tu yg takut..mcm2 boleh jadi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah main kutuk ajer...... entah2 laju internetnya......

      Padam
  2. Tulaaa... copek yo nak monyalahkan Kg Talang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sobab omaknya dah susah hati, call berkali2 tak jua dapatnya..... hehehe......

      Padam