Khamis, 29 Jun 2017

Hari Raya Kedua 2017

Assalamualaikum,

Raya Kedua kami tak kemana-mana, sebab seperti tahun-tahun yang sudah rumah pusaka kami akan diserbu oleh sepupu sepapat kami..........

Menu kami pada raya kedua adalah mee goreng basah, nasi lemak sambal sotong, ayam goreng berempah, rendang daging, telur rebus dan timun. Alhamdullillah, siapa yang datang tu semua merasa lah menu kami tu.....

Gambar-gambar  menu pada hari kedua raya tak sempat nak snap......... sebab phone diguna oleh my hero untuk tangkap gambar dia orang.

Marilah kita layan gambar - gambar anak teruna kami....... posing sakan



my hero
berposing sakan
ni kat rumah arwah my mom

Shahirul anak adik lelaki ahkak
bergambar kat rumah arwah Nek Nyang nya(sebelah rumah ajer)

Adam Danial anak adik perempuan ahkak
bergambar kat rumah arwah Nek Nyang nya 

 again, Shahirul
kat rumah arwah my mom (nenek dia orang lah)
 petang tu ada sambutan hari lahir untuk yang lahir pada bulan Jun
ada 4 orang yang celebrate in June
Qaseh, Adra, Shahirul and Pak Ngah (tiada dalam gambar)
 Adra (yang pakai baju pokadot merah tu) anak adik lelaki bongsu dalam keluarga kami
Si Adra ni balik setahun sekali ajer, time raya ajer baliknhya, bapak nya sibuk sangat............

1 ulasan: