Rabu, 28 Jun 2017

Hari Raya Pertama 2017

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada yang singgah di teratak buruk ahkak ni..........

Kami sampai kampung pada Jumaat malam, sebab siang tu masih bekerja lagi.... Adik - adik ahkak pun sampai Jumaat malam. So Sabtu pagi baru pergi mencari daging dan santan kat Pekan Rantau. selalunya kami booking santan kat Pekan Linggi tapi pada tahun ni tokey santan tu tak mahu terima tempahan, dia suruh datang beratur......... dan kami dapat tahu dari biras adik, santan kat Pekan Linggi hari Jumaat lagi dah habis..........

Seawal 7 pagi kami dah gerak ke Pekan Rantau, nak jadi orang pertama yang beratur untuk beli santan. Alhamdullillah, masa kami sampai kat Simpang Siliau tak ramai lagi yang beratur so dapat lah beli santan kat situ itupun hanya boleh beli 2 kilo sorang, tapi ahkak pergi 2 beradik so suruh adik beli 2 kilo lagi........... cukup-cukup untuk merendang.......... Daging pun kami beli kat Simpang Siliau tu........ senang kerja tak payah nak melilau cari daging mantai........

Gambar merendang or masa membeli daging tak sempat nak ambil...........

Pagi raya tu hanya kami 3 keluarga ajer yang ada kat rumah pusaka tu........ After sembahyang raya baru yang lain gerak balik ke kampung..........

Sesi bermaaf-maafan di pagi raya


my hero


my putri

lepas tu sesi anak-anak buah bersalam-salaman dengan ahkak dan en. suami........


eimran

Yasmin Zahirah
Shahirul

Abang Lang
After that Mak Su and families sampai dari Taman Rashidah Utama

and then my sister families from Mantin
sesi membakar satay pula di raya pertama

1 ulasan: