Isnin, 11 September 2017

#Throwback: Jamuan Raya UMNO Rantau (Nyatoh)

Assalamualaikum,

Walau pun dah terlambat tapi ahkak still nak postkan n3 ni. Dalam banyak-banyak jemputan jamuan raya anjuran UMNO Rantau (Tok Mat punya cawangan), ini ajer yang kami pergi......... kami tak pergi  UMNO cawangan Kuala Sawah, UMNO cawangan Kg. Stesen (yang mana my MIL cakap banyak makanan berlebih, sate melambak siap masing-masing bungkus bawa balik), maupun UMNO cawangan Angsa Mas. Yang cawangan Kg. Nyatoh ni pun tah macam mana en. suami nak pergi pula, selalunya kalau jemputan politik ni dia tak joint.................

Majlis di adakan di padang Sek. Nyatoh. Makanan memang tip top lah, Tok Mat punya majlis kan......... Siap boleh tapau bawa balik lagi............ Memang Tok Mat cater banyak kot biar orang kampung dapat tapau........


gambaran di dalam khemah
mineral water cap BN kau...........
tempat bakar sate.........
sate Hj. Samuri.......
sate untuk our meja.........
siap dihantar sepinggan lagi oleh ketua cawangan.........
puas makan........
tak payah nak pergi beratur der, siap di hantar oleh kawan-kawan en. suami.....

roti jala
mee kari
lemang dan rendang
char kuey teow
last ais krim

2 ulasan:

  1. Menu rumah terbuka semua sama mesti ada sate, lemang, rendang, mee kari dan macam2lah dan meriah. Memang puas menjamu.

    BalasPadam