Jumaat, 2 Mac 2018

My Hero Jatuh Motor

Assalamualaikum,

Selama ini yang aku risau/takut akhirnya terjadi. My Hero jatuh motor, terbabas. Nasib baik tak ada kenderaan belakangnya. Kejadian di Kota Warisan, selepas keluar dari KFC, OTW nak balik rumah setelah habis shift malamnya di KFC, berlaku dalam pukul 9.30 pagi. Selalunya sebelum gerak balik dari KFC Kota Warisan, dia akan call ahkak, tapi pada hari kejadian tu dia tak ada call pun. Maknya dah risau dah, tak ketentuan dibuatnya tapi masih lagi boleh buat kerjalah......... Tup tup dalam pukul 10.30 dia call ahkak and bagitahu dia dah sampai rumah, and cakap mama jangan marah ya, Abang jatuh motor!!! zuuupppp berderau darah ahkak......... tanya dia teruk tak? luka-luka ajer dia cakap and bahu dia sakit katanya. 
Bawa dia ke klinik. Mula-mula ke klinik Salak, masyaallah, ramainya orang. Malas nak menunggu so pergi panel KFC kat taman Seroja, Klinik Nazam sekejap ajer processnya. After cuci luka, doktor tak bagi balut. Kalau balut lambat kering lukanya. Dapat MC for 2 days. Khamis tu dah bising nak pergi kerja, boring duduk rumah katanya..

So Abang, lepas ni please berhati-hati lagi........... Carefull kat tempat berpasir...........

4 ulasan:

  1. Itu pasallah saya tak beri anak saya naik motor, dan dia pun tak mintak belikan motor masa belajar dulu. Naik motor ni tak selalu sekali pasti jatuh. Banyak penyebabnya untuk jatuh... jln raya berpasir, mengelak haish mcm2lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Sweetie. Mula-mula memang tak nak belikan motor, tapi dia sibuk nak kerja terpaksalah juga. waktu kerja dia tak sama ngan kita tu yang susahnya. Memang di pesan surub berhati2 tapi dah nak kena nak buat camna

      Padam
  2. adoiiii
    nasib cedera sikit jer
    fuh bahaya betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Hans, nasib sikit, tapi gaduh juga bahu nya sakit......... dah berurut dah...

      Padam