Rabu, 2 Mei 2018

Mengeteh kat Ezietech Cafe, Nilai

Assalamualaikum,

First time mencuba makanan kat sini. Walaupun ahkak duduk area dekat2 dengan cafe ini. Sebab sebelum ini memang tak tahu pun cafe ini wujud. Setelah terbaca beberapa blog yang review mengenai cafe ini, barulah tahu ianya wujud di persekitaran taman perumahan ahkak.

Pergi with my daughter, around 9 pm. Masa sampai kat cafe tu memang kosong tak ada customer. Tanya kat pelayan lelaki yang ada duduk kat luar, "buka ker" and he replied buka kak, so we pun terjah lah.

Order Meatball and Cheezy Wedges ajer, sebab before keluar tu dah makan tapi tekak gatal nak merasa meatball nya...........
Meatball
Cheezy Wedges
Dari segi makanan memang tip top lah. Sedap. Cuma kuah meatball tu terlalu pedas. Cheezy Wedges pun ok. Masa kami datang tu mayo nya warna pink. Mayo nya bertukar colour hari-hari tau....
Air sirap selasih with buah kerabung kalau tak silap also ok. Tak terlalu manis. Sesuai untuk ahkak, cuma dimanakah sudunya ya untuk makan kerabung tu???? Nak celup pakai tangan ker????

Dari segi layanan pula ke laut. Tak ada senyum lansung. Masam ajer muka and layan pun hendak tak hendak ajer. Nak kata penat sebab orang ramai tak mungkin, sebab masa tu ahkak berdua ajer, meja lain kosong......... Masa ahkak sampai tu both waitress tu duduk berborak kat kedai sebelah, tak lah penat kan!!!! 

Kat dalam cafe ini bukan sahaja makanan yang dijual, aksesori telefon pun ada dijual di sini. Kat cafe ni juga kau orang boleh cas kau orang punya phone if bateri kau orang kong sambil makan kat situ..........

2 ulasan: