Jumaat, 27 Julai 2018

Open House kat Bandar Sri Sendayan

Assalamualaikum,

Kalau tak silap majlis ini adik ahkak buat pada penghujung bulan Julai, yang pastinya hari Sabtu....... Open house kat rumahnya yang kat Bandar Sri Sendayan...... Dia buat for staffnya dan ahli keluarga. Anak-anak Pak Cik kami tak dapat hadir sebab ada hal yang tak dapat dielakkan seperti si Anoi tak dapat hadir kerana anaknya warded, Oja dia pun buat open house untuk officematenya, abang kami yang sulong tu pula buat kenduri doa selamat di Serting dan kami pun tak dapat pergi ke Serting sebab kami semua pergi yang dekat jer lah.

Menu kat rumah adik ahkak
Nasi Briani
ayam masak merah
kuah dalca
acar timun
daging masak ???????
yang kat atas tu order ajer
order kat Bandar Enstek
dan tuan rumah ada buat lauk tambahan
sambal tumis sotong
sorry gambar kabur......
rendang style Shah Alam
Kat rumah kami kat Linggi ni ada macam-macam style rendang
ada rendang Shah Alam, ada rendang Kuala Sawah (dua jenis rendang ni permintaan yang amat tinggi dari ahli keluarga)
yang sedih nya rendang turun temurun resepi asal dari nenek moyang tak ada yang minta...... 
sedihhhhhh, penat nenek dan omak turun kan resepi tapi sorang pun tak berminat nak masak dan makan rendang Linggi style omak den...........
ada juga laksa Johor
yang ini pun order dari Bandar Enstek
putu bambu
kuih koci
kek cempedak or kek nangka????
sedapppp
brownies
brownies juga
both sedap
ni pun adik ahkak si Yati tu order kat LBJ......

penuh rumah bila kami semua berkumpul
riuh rendah
siap ada yang buka jualan pula........
adik bongsu yang berniaga
Mak Su dengan anak-anaknya
Pak Cik
Laksa Johor
entah yang ke berapa round
sedapppp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan