Assalamualaikum,
Sambung lagi cerita raya. Masih cerita raya pertama. Don't worry, tak banyak cerita raya, sebab malas nak mengambil gambar dan bergambar.........
Petang raya pertama around 4 pm kot kami sefamily gerak balik ke kampung en. suami......... Selalunya kami akan balik ke kg. en.suami dalam tengahari, tapi tahun ni lambat sikit coz en. suami dah beraya kat rumah omaknya selepas en. suami selesai solat raya. Tahun ini percubaan pertama en. suami untuk solat raya di kampungnya. Nasib baik sempat sampai........ pagi-pagi en. suami dah gerak balik ke kampungnya. En. suami ikut style pak cik ahkak walaupun balik rumah mertuanya di Kuala Pilah tapi setiap kali sembahyang raya, pak cik ahkak akan bersembahyang raya di Linggi. Sempat tu sampai Linggi sebelum bermulanya solat raya. Bayangkan pukul berapa dia bertolak dari Pilah tu......... bukannya dekat macam en. suami, hanya 10 kilometer ajer Linggi ke Kuala Sawah. Ini Pilah ke Linggi tu, jaaaaaaaauuuuuhhhhhh..................
Kat kg. en. suami tak meriah sangat, sebab tak ramai..... anak-anak lebih happy kat Linggi, sebab ramai......
walaupun pergi dah petang, tapi sempatlah ziarah mak-mak saudara en. suami......
anak dara pula asyik bergambar dengan sepupunya........
macam-macam style.........
ini ajer cucu perempuan MIL.
Yang lelaki nya tak bergaul, itu sebab my hero malas nak balik sana.........
another photo of my putri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan