Hari Sabtu petang we all dah sampai ke Linggi........ since morning anak-anak aku dah merengek-rengek kat ayahnya, suruh ayahnya cepat sikit memesin rumput tu......... sebab dia orang dah tak sabar-sabar nak balik ke Linggi..... Putriku yang sorang tu, kejap-kejap duk call Mak Ngahnya, tanya Mak Ngahnya dah sampai Linggi ke belum............
Belah malamnya pula kami tiga keluarga menikmati makan malam di Pengkalan Balak, Masjid Tanah........ Makan ikan bakar........ pada asalnya we all nak try makan kat kedai lain, tapi takut tak sedapppppppp........... so we all makanlan kat kedai yang selalu we all pergi......... we all selalu pergi makan ikan bakar kat kedai ni (gambar kat atas...... abaikan gambar anak dara aku yang sedang menonggeng tu...... anak dara aku tu tengah membetulkan kasut dan stokinnya...... hai adik, kenapa pakai stokin warna merahhhh......) dari arwah mak aku ada lagi memang sini ajelah tempatnya dan Mr. Hubby aku pun suka tempat ni, coz ada disediakan surau.........
Khamis, 4 Ogos 2011
Rabu, 3 Ogos 2011
Balik Kampung sebelum Ramadhan
We all bertolak balik ke kampung pada hari jumaat lepas (mula-mula plan nak gerak after office hour, last-lastnya gerak after Maghrib......) Singgah bermalam kat MIL house..... Mr. Hubby nak mesin rumput kat rumah maknya on Saturday morning....... ulang semula, Saturday morninggggg...... sebab belah petangnya dah nak gerak balik ke kampung aku nun jauh di sanaaaaaaaaaaaa.........(macamlah jauh sangat kampung aku tuuuuuuuu.....) Rumah MIL aku ni tak jauh dari kampung aku....... MIL aku kat Kuala Sawah, Rantau, manakala kampung aku kat Linggi, satu arah aja.........
Mr. Hubby hanya dapat mesin rumput kat belah depan aja....... tak dapat nak mesin keliling rumah..... hujan turun dengan lebatnya hari Sabtu tu...... nasib baik tak ribut macam kat Port Dickson.........
Baju Raya
Puasa baru masuk hari ke 3.............. Baju raya anak-anak bertuahku dah siap............. Tapi tak matchinglah warnanya...... so nampaknya kenalah cari lagi baju kurung or jubah Najwa yang sama warna dengan baju melayu abangnya............ For untie-untie belah Linggi, warna merah ni memang Najwa yang pilih....... cukup minat dengan warna merah..........
Isnin, 1 Ogos 2011
Cerita Tertunda: Fruits Party
Fruits Party ni di organised oleh pelajar-pelajar Antarabangsa yang mengambil kursus intensive bahasa inggeris di NUC..... di adakan pada hari khamis yang lepas....... staff, lecturers and students get together sambil makan buah-buahan tempatan......








perasan tak pada ejaan Mangosteen kat atas tu....... salahhhhhh....... siapalah yang menulis label niiiii.........
Jumaat, 29 Julai 2011
Makan-Makan @ d' tanduk
Asalnya nak gi makan malam kat Mama De Cafe, Bandar Baru Salak Tinggi, tapi tutup pula kedai malam tu...... So Mr. Hubby ajak gi d' tanduk di tepi highway ke KLIA berhadapan dengan kilang Wembley Rubber Product...... tak pernah try lagi makan kat tempat ni....... According to Mr. Hubby, kawan-kawan dia suka makan kat tempat ni...... kawan-kawannya cakap sedap..... Tapi bagi aku, kurangggggg, mungkin bukan cita rasa aku......... Chicken Chopnya tak sedappppp, anak dara aku siap tukar makanan dengan aku...... terpaksalah aku makan Chicken Chop....... Aku order sotong sambal, dia pi hantar sup belut....... manalah kita orang pernah makan belut......... kalau ter makan tu tak tau lah......... ni dah terang-terang disebutnya sup belut, mana boleh masuk tekak akuuuuuu........
saja ambil view yang menghadap ke highway...... sambil makan tengok kereta- kereta yang dipandu laju............ tempatnya cantik......
chicken chop.....chicken chop abang, licinnnnnnn........ adik punya tukar ngan mamanya.......
ni makanan untuk aku ngan Mr. Hubby........ tapi kena exchange ngan Putriku....
Khamis, 28 Julai 2011
Novel: Pilihan Mama
Dah habis baca novel ni......
Sinopsis:
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang meninginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.
Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangnya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
Selasa, 26 Julai 2011
Hasil Kerja Adli....... Skrap book
Ini adalah hasil kerja Adli....... yang di bantu oleh ibunya (akulah)......











Anak bujang aku ni kena siapkan tugasan membuat buku skrap yang bertajuk "Sejarah Negeri Melaka" dan perlu dihantar pada atau sebelum 12.08.2011.
Langgan:
Catatan (Atom)