Selasa, 6 Julai 2010

Anak yang gagal adalah rahmat - Dr Zul

Coretan ini aku ciplak dari salah satu laman web kawan sekerja aku, untuk buat tatapan aku.... sebab aku selalu hilang sabar ngan anak2 aku kalau pasal keputusan peperiksaan mereka.....



Kuliah tasauf minggu ini membincangkan Hikmah 24 (Bab2) dalam kitab Syarah Hikam iaitu Jangan Sama Sekali Engkau Berasa Pelik. Dalam kuliah ini Dr Zulkifli Mohamed al-Bakry cuba mengajak kita memikirkan salah satu rahmat Tuhan yang amat tersembunyi. Masyarakat dan keluarga amat memandang rendah kepada seorang anak yang gagal atau kurang berjaya. Lazim juga yang berlaku ibu bapa berasa sedih jika anak mereka gagal dalam pelajaran. Ada kata-kata yang menyebut, "setandan pisang takkanlah semuanya elok" adalah satu ucapan yang sesuai untuk mengambarkan situasi tersebut. Satu keluarga yang mempunyai 10 orang anak sebagai contoh amat gembira melihat 9 orang daripada mereka berjaya dan mempunyai kelulusan tinggi. Namun mereka bersedih apabila seorang daripadanya gagal atau tidak mempunyai kelulusan yang baik.



Apakah ibu bapa tersebut patut bersedih atau bersyukur?



Sebenarnya inilah rahmat daripada Allah SWT tanpa kita sedari dan jangan berasa hairan mengapa Allah SWT menjadikan 1 daripada 10 anak-anak tersebut gagal. Bagaimana? Jawapannya kita akan dapat dengan memperhatikan keadaan yang berlaku di sekeliling. Anak-anak yang berjaya dan mempunyai kerjaya biasanya tinggal di bandar-bandar besar atau di luar negara. Apabila ibu dan ayah sudah menjangkau hari tua timbul masalah untuk menjaga mereka yang kebanyakkannya tinggal di desa dan luar bandar. Maka yang menjaga mereka sudah pasti anak yang kurang berjaya yang mana bekerja di kampung sahaja. Inilah realiti yang biasa berlaku. Jadi bayangkan jikalau semua anak-anak berjaya dan tinggal jauh daripada ibu bapa mereka. Selamat datang ke Rumah Penjagaan....


Rahmat... ibu bapa yang dijaga anak sendiri merupakan rahmat Allah





Kesimpulannya, ibu bapa sudah pasti mahukan semua anak mereka berjaya dalam apa jua bidang. Namun jika terdapat anak yang agak terkebelakang tidaklah boleh berasa kecewa malah patut redha dan bersyukur. Ia merupakan suatu ujian yang akan diiringi dengan rahmat bagi mereka yang bersabar.

1 ulasan:

  1. yeap..
    betol tu..
    slalu gak trserempak dgn anak2 yg marah2 ibu bapa mereka bila kat hspital time tngah keja..
    sebak jadinya..
    x baik buat mcm tu..

    BalasPadam