Jumaat, 6 Ogos 2010

Tali Pinggang Kuning II

Alhamdullillah, akhirnya Najwa lulus ujian penggredan taekwondo (tali pinggang kuning II). macam tak caya aja Najwa boleh lulus. Kalau tengok dari video yang Adli ambil masa ujian hari Sabtu lepas, cacar marba aja gerak tangan dan kakinya - iaitu masa ujian "take off by number" (betulkan ya kalau saya salah tulis/sebut, sebab taekwondo punya bahasa ni kurang faham).



tengoklah tu, orang lain semua berdiri tegak dengan tangan lurus ke bawah, Najwa boleh mengepak pulak dia.....




boleh tersengih lagi....



yang sebenarnya, sebelum ujian tu Najwa ada cakap kat ku, yang dia tak confident nak buat ujian ni, dia tak confident ngan "take off by number" tu.... disebabkan dah bayar for the test, aku suruh juga dia pergi ke ujian tu....



Minta maaflah ya, nak muat naik video kat n3 ni tak dapatlah, dah beberapa kali cuba, ambil masa yang lama lak......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan