Khamis, 21 April 2011

Bubur Nasi ala-ala Bubur Lambuk lah......

Ni menu dinner last Thursday. Buat ni coz Najwa sakit tekak. Kesian tengok dia tak berselera nak makan, so aku pun buatkanlah bubur nasi ..... Resipi turun temurun, resipi dari arwah nenda tersayang....... Dinner malam tu semua kena makan bubur nasi...... kesian Mr. hubby terpaksa makan bubur aja......



Bahan-bahannya:


  • 1 cawan beras

  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)

  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)

  • sedikit lada hitam (ditumbuk halus)

  • Daging dipotong kecil-kecil (ikut suka berapa banyak nak bubuh)

  • 2 helai daun kunyit (dihiris halus)

  • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)

  • 2 biji ubi kentang (potong ikut suka)

  • 1 cawan santan

  • garam (ikut rasa)

Cara-caranya:



  • Basuh beras hingga bersih, lepas tu masukkan daging dan masak hingga beras tu kembang

  • Masukkan bawang putih dan bawang merah serta lada hitam yang telah ditumbuk

  • Bila beras dah kembang, masukkan daun kunyit, kentang, lobak merah dan masak hingga kentang dan carrot lembut

  • Last sekali masukkan santan dan garam (ikut rasa) dan masak hingga bubur tu pekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan